Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ini Dia Tips Untuk Dapatkan Brownies Berkedut Cantik, Ikut Tips Ini Confirm Menjadi!

Ini Dia Tips Untuk Dapatkan Brownies Berkedut Cantik, Ikut Tips Ini Confirm Menjadi!

Kategori:
kek brownies

Mesti ramai di antara anda diluar sana selalu stress. Sebabnya setiap kali buat kek brownies tak berkedut cantik, kadang-kadang tak berkedut langsung pun. Sedangkan kalau beli atau orang jual cantik je berkedut. Sebenarnya untuk dapatkan brownies yang cantik berkedut ada cara dan tipsnya.

Ini ada perkongsian daripada sunahsukasakura berkenaan dengan macam mana nak dapatkan brownies yang berkedut cantik.

Tips Untuk Dapatkan Kek Brownies Berkedut Cantik

1. Guna butter yang telah lembut, bukan beku.

Sebelum anda mula membaking, pastikan butter yang hendak digunakan itu tidak beku. Sebab butter yang beku akan memberi suhu sejuk kepada coklat yang anda cairkan bersama. Jadi anda akan mengambil masa yang lama untuk mencairkan kedua-dua bahan ini dengan kaedah double boiler. Dan ianya akan menyebabkan hasil cairan anda menjadi tidak licin dan ada ketulan-ketulan kecil yang tidak sebati sepenuhnya. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah biarkan butter tersebut lembut sedikit dan mudah untuk dipotong sebelum menggunakannya.

2. Simpan coklat pada suhu bilik, bukan dalam peti.

Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa coklat perlu disimpan dalam peti ais. Tetapi elakkan menyimpannya di dalam peti ais sekiranya kita hendak menggunakannya untuk membuat brownies. Hal ini kerana, bila coklat di simpan dalam peti ais dan dikeluarkan untuk dicairkan, coklat ini akan menghasilkan titisan air daripada proses kondensasi. Jadi secara langsung ia akan merosakkan tekstur brownies dan menyebabkan brownies tidak berkedut.

3. Buat persediaan bahan lebih awal.

Bagi mendapatkan adunan brownies yang flowy apabila di tuang ke dalam loyang(dialaskan awal-awal). Semua langkah perlu dibuat dengan continuosly tanpa berhenti terlalu lama. Ini untuk memastikan suhu adunan terutamanya cairan coklat tidak menyejuk (kepada suhu bilik). Masa anda tuangkan cairan coklat tu, waktu suam-suam pun okay. Tak payah tunggu sejuk nanti adunan tak flowy. tUntuk bahagian tepung pula, jangan gaulkan tepung tu terlalu lama sangat. Cukuplah sekadar bergaul rata semuanya.

4. Kekemasan baking paper pada dinding loyang juga penting

Kalau nak dapatkan brownies yang berbucu cantik dan bersisi lurus, pastikan anda kemaskan baking paper ke dinding loyang. Jangan kedekut untuk menggunakan sisa butter untuk disapu pada loyang(supaya baking paper melekat sepenuhnya). Apabila anda biarkan ruang udara antara baking paper dan dinding loyang, brownies akan mengikut bentuk tersebut. Jadi akan ada lah brownies yang berombak nanti. Tak cantik mata memandang kan.

5. Teliti dan turuti setiap langkah, jangan derhaka resepi

Jangan derhaka resepi ye. Jika anda derhaka resepi brownies memang tak akan dapat lah kedutnya. Sebab kebiasaanya resepi yang dikongsi sudah tentu dicuba banyak kali oleh pemberi resepi. Jangan kurangkan timbangan gula, sebab gula yang cukup akan menghasilakn lapisan kedut brownies yang cantik dan berkilau, Tapi kalau anda meminati brownies yang tawar, memang tak boleh nak buat apa la.

6. Biar lambat, asal berkedut.

Sebenarnya brownies ni merupakan dessert yang dibakar perlahan pada suhu yang rendah. Jadi kalau jenis yang kurang penyabar, mesti nak naikkan suhu oven sebab macam slow sangat je suhu yang digunakan untuk bakar brownies. Tapi tolonglah jangan suka hati naikkan suhu. Sebab suhu oven terlalu panas, kita tak akan dapat kedutnya. Dapat yang menggerutu dan berlubang ada lah.

Jadi semoga tips di atas sedikit sebanyak membantu anda mendapatkan brownies yang diidamkan.

kek brownies

Selamat mencuba ye!

Sumber rujukan: sunahsukasakura.com

Baca juga : Cara Paling ‘Simple’ Buat Brownies Guna Marjerin Dan Tanpa Mixer Tapi Tetap Menjadi Dan Sedap!

tags: |