Bar bountry ini merupakan kelapa parut kering yang disaluti dengan coklat. Walaupun kedengaran agak kurang menyelerakan, tetapi ianya sangatlah sedap. Bar bountry ini juga sangat mudah untuk disediakan. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja maka terhasil lah bar bountry kegemaran semua. Lebih-lebih lagi anak kecil.
Resepi Bar Bountry Yang Mudah
BAHAN-BAHAN:
- 400g coklat – Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
- Kelapa kering/parut
- Susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN:
- Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.
- Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.
- Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
- Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Kuali mama
Baca juga : Resepi Muffin Coklat Chip Yang Sangat Moist & Gebu, Pasti Akan Menjadi Kegemaran Anak-Anak!