Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Kek Coklat Blackout Yang Menyelerakan, Memang Tak Puas Makan

Resepi Kek Coklat Blackout Yang Menyelerakan, Memang Tak Puas Makan

Kategori: ,
resepi kek coklat

Wah ini dia resepi kek coklat blackout yang sering disebut-sebut oleh orang ramai. Nak sediakannya cukup mudah. Tetapi rasanya sangatlah sedap. Tak puas makan sepotong tau. Nanti bertambah-tambah makan.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Kering:

  • * 2  cwn tpg gandum
  • * 3/4 cwn dark cocoa powder @ cocoa powder biasa
  • * 2 sk baking powder
  • * 1 + 1/2 baking soda
  • 1 cwn gula castor
  • 3/4 cwn gula perang
  • 1 sk garam halus

Bahan Basah:

  • 3 bj telur (A)
  • 1 cwn buttermilk ( 1 cwn susu + 2 sk cuka @ lemon jus) , biarkan setengah jam ….
  • 3/4 cwn minyak jagung
  • 1 sb nescafe dibancuh dgn 1/2 cwn air panas.

Bahan Choc Cheese Topping :

  • 300g dark choc compound
  • 350ml dairy whipping cream
  • 150g cream cheese
  • 1/2 cwn cocoa powder

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ayak bahan bertanda * dan campurkan kesemua bahan kering.
  2. Putarkan bahan basah tadi kecuali nescafe.
  3. Selepas putar sebati, curahkan ke dalam mangkuk bahan-bahan kering tadi.
  4. Kacau sehingga rata, kemudian curahkan ke dalam mangkuk bahan kering tadi.
  5. Kacau biar sekata baru masukkan air nescafe tadi.
  6. Sediakan 2 loyang saiz 7″.
  7. Alaskan baking paper dan bahagikan adunan sama banyak.
  8. Bake 160 -170 c selama 50-60 minit.

Cara Penyediaan Choc Cheese Topping:

  1. Double boil kesemua bhn di atas, kacau2 sebati..
  2. Biarkan skjp dan  masukkan ke dalam fridge.
  3. Potong setiap kek tadi kepada 2 layer, jadi 4 layer kesemuanya.
  4. Lapiskan setiap layer dgn choc cheese & sapukan di atas permukaan kek…
  5. Hias dengan kreativiti masing-masing.
  6. Masukkan ke dalam fridge 2,3 jam sebelum dipotong.
  7. Siap untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nor Azliza Mohamed

tags: |