Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Simple Buat Aiskrim Homemade Hanya Dengan 5 Bahan, Comel Je Sesuai Untuk Anak-Anak

Cara Simple Buat Aiskrim Homemade Hanya Dengan 5 Bahan, Comel Je Sesuai Untuk Anak-Anak

Kategori: ,
resepi aiskrim homemade

Aiskrim memang banyak dijual di kedai tetapi harganya agak mahal bagi orang yang pendapatannya tidak seberapa. Lebih-lebih lagi mempunyai anak yang ramai. Jadi mungkin anda boleh buat sendiri aiskrim yang macam ni. Bahan yang digunakan juga tak banyak, hanya 5 bahan sahaja. Kemudian boleh makan sepuas hati. Jadi jom kita ikuti resepinya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin susu pekat
  • 2 tin susu cair
  • Sedikit garam
  • Esen vanila
  • 2 sudu besar ovelet

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer.
  2. Gunakan speed paling maximum.
  3. Mix kan selama 20 minit. Lepas 20 min adunan akan menjadi lebih pekat.
  4. Kemudian bahagikan adunan dalam mangkuk. Letak kan colour. Layerkan adunan aiskrim dlm bekas.
  5. Simpan kan dlm freezer 1 malam.
  6. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Kak Lina

 

tags: |