Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Paprik Ayam Ala Thai Yang Sedap Dan Menyelerakan, Tak Puas Makan

Cara Buat Paprik Ayam Ala Thai Yang Sedap Dan Menyelerakan, Tak Puas Makan

Kategori:
paprik ayam ala thai

Paprik ayam merupakan antara masakan yang dimasukkan daun limau purut. Ia seakan tomyam, tetapi tomyam berkuah cair manakala paprik tidak berkuah sangat. Dan nak dapatkan paprik yang sedap pun pasti ada cara yang betul untuk memasaknya. Bukan main campak-campak je. Jadi kat bawah ni, ada resepi paprik ayam ala thai. Jadi anda boleh rujuk resepi dekat bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam (potong kecil-kecil)
  • Bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Serai (ketuk-ketuk je)
  • Daun limau purut
  • 3 cili merah
  • Lobak
  • Bunga kubis
  • Kacang pnjg
  • Timun (yang ni saya tambah)
  • Ketiak jagung
  • 1 sdb cili kering (yang dikisar)
  • Sos cili thai
  • Sos tiram
  • Pes tomyam (yang ni saya tambah)
  • Gula n garam sckup rasa
  • 1 sdb tepung jagung

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak..tumiskan bwg putih..halia..n cili yg diketuk/tumbuk bersama hirisan bwg besar. Dah garing sikit boleh masukkan cili kering dan sedikit pes tomyam. Daun limau purut dan serai yang diketuk tadi. Tumis sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan sedikit sos cili thai dan sos tiram.
  3. Masukkan ayam yang dipotong kecil. Kalau nak berkuah macam saya buat ini, tambhakan sedikit air ye.
  4. Biarkan ayam betul-betul masak.
  5. Untuk pekatkan kuah saya masukkan sedikit tepung jagung dan kacau bersama air. Kalau tak nak letak pun tak pe.
  6. Kemudian baru masukkan semua sayur campur tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masak sekejap. (jangan lama sangat nanti sayur menjadi layu).
  7. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit Resepi : HasnieZa Nor‎

tags: | |