Pada minggu lepas FamilyMart baru sahaja mengeluarkan perisa aiskrim sofuto terbaru mereka iaitu Basque Burnt Cheesecake Sofuto. Dan ini adalah peluang kepada sesiapa yang lahir pada bulan September untuk mencuba perisa terbaru ini secara percuma!
September Babies Boleh Dapatkan Ais Krim Sofuto Percuma dari FamilyMart
Ini ada berita baik kepada anda semua apabila kedai kegemaran anda ini memperkenalkan perisa baru. Dan kali ini semua impian anda untuk merasai aiskrim cheesecake tercapai. Basque Burnt Cheesecake Sofuto ini sangat sedap dan berkrim. Berapa ramai daripada anda yang sudah mencuba perisa baru ini? Kalau ada yang belum mencubanya, cubalah sekarang, ia adalah antara perisa Sofuto yang terbaik!
Boleh Pilih Mana-Mana Perisa Yang Anda Suka Dan Tuntut Sekarang
Ais Krim Sofuto PERCUMA (Mana-mana Perisa) Dari FamilyMart Untuk September Babies
- Muat turun aplikasi MY FamilyMart dan daftar ahli
- Pergi ke tab Ganjaran pada aplikasi dan tebus Birthday Reward
- Tunjukkan Birthday Reward anda kepada juruwang
- Nikmati Sofuto PERCUMA!
Terma Dan Syarat:
- Tawaran ini sah untuk ahli FamilyMart sahaja
- Sah dari 1 hingga 30 September 2020
- Tawaran ini sah untuk satu penebusan bagi setiap pelanggan