Setiap kali nak masak pasti perlu kupas bawang, kisar cili jika nak buat menu berasaskan sambal dan lain-lain. Akhirnya, cuma mampu masak menu yang mudah kerana sudah penat seharian bekerja.
Jangan risau, anda boleh cuba membuat sambal serbaguna ini. Jika ada sambal ini, dah boleh masak pelbagai menu seperti sambal ayam, sambal udang, sambal sotong, mee goreng, keowteow goreng dan pelbagai menu yang bersesuaian. Jom ikuti perkongsian oleh Fiza Desa di bawah.
Tips… Sambal tak merecik sampai ke sudah.. korang tengok tepi2 dinding tu… tips ni akan buat korang tak yah nak lap2 dan dapur kekal comeyyy…. Nak masak dia ambil masa 2 jam jugakla.. sebab pakai api kecil betul.. sambal masak dengan elok je kejadian dia….
sambal ni sy masak banyak2 dan frozenkan dia…sebab lepas tu nak buat sambal ayam ke…udang ke..sambal ikan bilis..buat mee goreng ke…keowteow goreng ke…sambal ni sambal siap masak sempurna dan ada rasa..nk guna mocrowave pon dijamin dah masak..tapi sy kurangkan masin dia sbb senang nk match dgn sambal ikan bilis ke…mee goreng ke..5-10 minit siap..tanpa kotorkan dapur
Ni kuantiti cili yang dah direbus dan bawang2 nye…
Mula2 masak bawang sampai pecah minyak… masa masak api perlahan.. api tengah je… dan bagi dia pakai topi…. panas kot
Lepas tu masuk cili…. masak maintain api tengah…. saya masuk 2 3 keping asam keping…
Pakaikan balik topi dia tu balik… topi ni kena berat yee…. klu x… hentaman sambal tu bakal membuka tutup anda.. paling teruk… melayang sampai rumah jiran. panas weiiii… pastu korg pegi la memane… nak main hnpohone ke.. basuh pinggan ke.. suke hati…
Haaa… tengok dinding tu… masih maintain kan… sesekali buka.. kacau sambal tu… kalau tiba2 dia jadi ganas… tutup api kejap dan terus kacau.. penutup tu atas periuk.. jangan cakap i letak atas kabinet camtu je… Mase ni masukla garam gula gula melaka ke kabung ke…..suke hati anda..
Ok..sambal hampir siap….. minyak tu…. kalau korg rase banyak.. buang.. jangan dimakan… minyak yang banyak buat sambal korang masak elok….
Pastu i simpan kat dalam bekas ni..
Lepas tu… frozenkanlah dia…. nak guna… keluarkan potong je pakai pisau masa tengah beku tu.. agak je banyak mana.. simpan balik…
Kredit: Fiza Desa