Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Khas Untuk Peminat Durian, Ini Dia Resepi Mudah Creampuff Durian Yang Begitu Menyelerakan

Khas Untuk Peminat Durian, Ini Dia Resepi Mudah Creampuff Durian Yang Begitu Menyelerakan

Kategori:
resepi creampuff durian

Ini dia resepi creampuff durian. Memang sesuai sangat untuk peminat durian dan penggemar creampuff. Nak sediakan creampuff ini bukannya susah sangat tetapi memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi kerana dia memerlukan proses mengacau yang banyak. Jadi jom kita cuba buat.

CARA BUAT CREAMPUFF

Bahan-bahan:

  • 100 g marjerin pelangi
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sb gula halus
  • Sedikit perisa durian
  • Pewarna kuning lemon
  • Sedikit garam halus
  • 1 1/2 cawan tepung kek /selfrising (150g)

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali tepung. Dengan api yang besar biarkan sehingga mendidih dan apabila butter dah cair matikan api.
  2. Masukkan tepung sedikit-sedikit, waktu ini perlahankan api. Tangan perlu lah kacau dengan laju waktu ni.
  3. Kacau sampai licin dan sampai bawah kuali macam ada kerak-kerak halus.
  4. Kemudian matikan api dan biarkan ia menjadi suam. Sangat-sangat penting kalau tak masak sampai macam ini sebab nanti tepung tak masak. Dan apabila bakar puff akan meleper dan melekar dekar kertas baking paper.
  5. Masukkan adunan tadi dalam besen. Masukkan sedikit esen dan sebiji telur gred b. Kacau laju-laju. Ulang langkah yang sama sampai siap 3 biji telur.
  6. Masukkan adunan dalam piping beg dan pakai je apa-apa nozel. Picitkan dan renjiskan sedikit air dekat permukaan puff tu.
  7. Panaskan oven sekejap pada suhu 180.
  8. Kemudian baru masukkan puff tadi dan bakar pada suhu 170c selama 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

CARA BUAT KASTARD DURIAN

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 sb kastard
  • 1 biji telur
  • 1 titis pewarna kuning
  • 3/4 cawan gula | nak manis letak 1 cawan
  • Sedikit garam halus
  • 300g buah durian

Cara Penyediaan:

  1. Buka api dan whisk kan perlahan
  2. Carikkan buah durian atau kisar halus dan masukkan dalam filling yang dimasak tadi.
  3. Kacau sampai creaamy jangan sampai terlampau pekat.
  4. Biarkan sejuk suhu bilik
  5. Campurkan 2 cawan vivo dalam kastard yang dah disuhu bilikkan tadi.
  6. Kacau dan siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit Resepi: Azlina Ina

 

tags: |