Mungkin ada yang masih tercari-cari resepi kuih atau pencuci mulut untuk dijadikan dihidangkan kepada tetamu sempena kenduri kahwin, kenduri aqiqah atau sebagainya. Nah, resepi dadih homemade ini sesuai untuk anda. Jika nak buat untuk berniaga pun boleh.
Perkongsian resepi dadih homemade oleh Mas Cotek tanpa perlu menggunakan serbuk segera yang biasa digunakan oleh orang ramai. Menurut empunya resepi, satu adunan ini akan dapat dalam 40 hingga 45 bekas dadih bersaiz 4oz. Jika mahu dalam kuantiti yang banyak, hanya perlu gandakan sahaja kuanti bahannya. Jom ikuti resepi di bawah.
Resepi Dadih Homemade Pelbagai Perisa
Bahan-bahan:
-
10 gm serbuk agar2
-
1550 ml air
-
1 1/2 cawan gula
-
200 gm susu pekat manis
-
1 tin susu cair
Bahan lain:
-
Perasa jagung
-
Pes pandan/pewarna hijau
-
Perasa yum emulco
-
Perasa rose/bandung
Cara-cara:
- Didihkan air bersama agar-agar. Kemudian masukkan gula. Masak sehingga semuanya larut.
- Seterusnya masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Bila dah mendidih terus tutup api.
- Bahagikan adunan dadih kepada 2 hingga 3 bahagian mengikut perisa yang anda mahukan.
- Masukkan perasa disukai pada setiap bahagian dadih yang sudah diasingkan dan kacau sebati.
- Tuangkan dalam bekas dadih dan sejukkan.
Nota:
- Untuk membuat dadih layer, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian opah masukkan esen vanilla dan satu bahagian lagi opah masukkan sirap rose/jagung terpulang atas masing-masing.
- Untuk jagung, kisar sedikit jagung krim.
- Untuk keladi, dadukan keladi kukus (opah tak letak pun)
- Untuk pandan, 4-5 helai daun pandan/pes pandan