Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Buah Strawberi, 10 Hari Lebih Dalam Peti Pun Masih Segar!

Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Buah Strawberi, 10 Hari Lebih Dalam Peti Pun Masih Segar!

Kategori: ,
Buah Strawberi

Setiap kali melancong ke Cameron Highlands, memang wajib akan membeli buah strawberi untuk dibawa pulang ke rumah untuk dijadikan sebagai pencuci mulut atau dibawa pulang kepada orang tersayang. Namun bila dah 2 3 hari disimpan di dalam peti ais, strawberi akan menjadi layu dan sudah tidak sedap untuk dimakan.

Jadi bagaimana cara untuk simpan strawberi dengan betul supaya tahan lama? Jom ikuti perkongsian oleh Syuhada Amyza yang berkongsikan caranya yang terbukti berkesan!

Cara Simpan Buah Strawberi Supaya Tahan Lama

Bahan-bahan:

  • 1 bekas di isi air
  • 5 sudu besar cuka
  • Kitchen paper
  • Tupperware

Cara-cara:

  1. Satu kan cuka dan air dalam satu bekas. Dan masukkan strawberry dalam air rendam 2 minit.
  2. Lepas tu angkat dan toskan. Lap sikit strawberry dengan kitchen paper bagi kering.
  3. Masukkan strawberry dalam satu tupperware kedap udara dan alaskan dahulu dengan kitchen paper.
  4. Masukkan strawberry dan simpan dalam peti ais.
  5. Hasilnya memang sangat berbaloi. Selamat mencuba.
  6. Gambar kat bawah ni ialah strawberisaya yang saya simpan selama 10hari. Tapi ianya masih segar. Padahal dulu kalau beli strawberry letak dalam peti mesti dah layu lepas 2,3 hari.

Kredit: Syuhada Amyza

tags: |