Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Paling Cepat Dan Sedap Buat Nasi Ayam, Memang Betul-Betul Buat Ramai Terpikat

Ini Cara Paling Cepat Dan Sedap Buat Nasi Ayam, Memang Betul-Betul Buat Ramai Terpikat

Kategori:

Seperti yang diketahui umum, nasi ayam ini merupakan antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Walaupun ia dipanggil nasi ayam, tetapi hidangannya bukan bersama ayam semata-mata. Tetapi ada beberapa sayur lain dan sos kicap bersama dengan sos lada. Nak tahu tak cara paling cepat dan sedap buat nasi ayam? Mesti nak kan? Nasi ayam ini sebenarnya kalau faham caranya, tak susah pun nak membuatnya. Senang je. Jadi jom kita masak ikut resepi di bawah ini.

Ini Cara Paling Cepat Dan Sedap Buat Nasi Ayam, Memang Betul-Betul Buat Ramai Terpikat

RESEPI KUAH SUP

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam (dibelah 4 bahagian)
  • 2 ulas bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
  • 2 inci halia*
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
  • Sup bunjut
  • Kiub pati ayam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan di atas kecuali kiub pati ayam.
  2. Selepas itu masukkan air dan masukkan ayam.
  3. Letakkan kiub pati ayam dan perasakan secukupnya
  4. Tunggu sehingga masak.

RESEPI PERAPAN AYAM:

Bahan-bahan:

  • 1 senduk kuah sup
  • Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
  • 1/2 senduk kicap pekat
  • 1/2 senduk sos cili
  • Sedikit madu

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan di atas.
  2. Perasakan secukupnya dan perap.
  3. Goreng dan siap.

RESEPI NASI :

Bahan-bahan:

  • Daun pandan (disimpul)
  • 3 sb marjerin yg sudah dicairkan
  • Kuah sup

Cara Penyediaan:

  1. Basuh beras.
  2. Masukkan daun pandan, marjerin yang di cairkan dan kuah sup tadi.
  3. Kuah sup tersebut ikut sukatan yang anda biasa masak nasi.

RESEPI KUAH LADA:

Bahan-bahan:

  • 3 lada besar merah
  • 10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
  • 1 biji tomato
  • 2 ulas bwg putih
  • Sedikit cuka

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Masakkan sekejap atas api sehingga sedikit mendidih.
  3. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Amirah Hussain

tags: