Di kawasan kejiranan berhampiran Taman Tun Sardon, Gelugor, terletak sebuah gerai ‘pushcart’ yang kerap dikerumun dengan orang ramai ketika mereka beroperasi. Sulaiman Capati, menjual makanan yang pelbagai jenis makanan seperti capati, dan roti jala, bersama dengan 4 pilihan kuah kari serta beberapa pencuci mulut yang sudah dimasak dari rumah.
Sulaiman Capati ini telah pun 22 tahun beroperasi. Walaupun gerai capati yang diusahakan ini menggunakan ‘pushcart’ kecil sahaja tetapi, gerai ini tidak putus-putus menerima kunjungan daripada pelanggan.
Selain itu, pilihan kuah kari yang dimasak, iaitu kari ayam, kari daging cincang, kari sardin dan kari sayuran, adalah antara yang paling sedap dan mempunyai aroma yang sangat menyelerakan, dihiasi pula oleh daun pandan dan pudina.
Warna dan texture capati yang telah dimasak pula adalah tidak terlalu hangus dan mentah. 1 set capati bersama dengan kari daging yang dicincang halus memang sangat sedap dan boleh memikat hati pelanggan yang merasanya. Semua harga yang ditawarkan juga adalah sangat murah dan berpatutan.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Sumber: Hypp Inspirasi