Bagi ibu atau wanita yang bekerja, nak mencari barangan basah setiap hari yang segar adalah sangat mustahil. Jadi mereka terpaksa membeli banyak terus dan menyimpannya. Barang basah seperti sayuran, buahan, ikan, sotong, ayam , udang dan daging pula merupakan barangan yang sedikit sukar untuk mengekalkan kesegarannya.
Kalau tidak kena dengan caranya pasti sayuran anda akan layu dan cepat membusuk. Untuk mengekalkan kesegaran barangan tersebut seperti sayuran, ikan, sotong dan udang perlu ada cara yang betul. Anda boleh rujuk cara di bawah ini.
CARA SIMPAN SAYURAN:
- Rendam sayur Selama 5-10minit. Bagi semua sayur tu tenggelam.
- Tambah garam untuk cuci bekas bahan kimia contohnya ada sesetengah sayuran di racun untuk elak serangga perosak. Sambil-sambil tu bersih-bersihkan sayuran.
- Selepas 10 minit, toskan sayur dalam 5 minit. Apabila dah selesai boleh susun dalam box/bekas kedap udara.
CARA SIMPAN SOTONG DAN UDANG:
- Cuci bersih sotong
- Letak gula dalam 1 sudu.
- Gaul sebati lepas tu simpan dalam peti ais. InshaAllah sentiasa fresh dan bila nak masak, basuh terlebih dahulu. Manakala untuk udang pun anda boleh gunakan cara yang sama seperti simpan sotong.
CARA SIMPAN IKAN:
- Potong semua ikan tetapi dengan syarat JANGAN basuh ikan tersebut. Biarkan ia dengan darahnya. InshaAllah ikan tersebut akan tetap segar.
SEMOGA BERMANFAAT!