Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kek Pandan Layer Yang Kemas Dan Cantik! Rasanya Juga Sangat Sedap

Cara Buat Kek Pandan Layer Yang Kemas Dan Cantik! Rasanya Juga Sangat Sedap

Kategori: ,

Lihatlah kek pandan layer ni, cantik dan kemas kan? Kalau dapat yang macam ni mesti rasa sayang nak makan. Kejadiaanya sangat cantik dan kemas, yang pasti ianya juga sangat sedap! Kalau anda teringin nak cuba dekat rumah, anda boleh ikut resepi dekat bawah ini. Resepi ini dikongsi oleh seorang wanita di laman group facebook.

RESEPI KEK:

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur aa
  • 1 sdm ovelete putih
  • 1/4 cawan/ 60 g minyak masak
  • Perasa pandan (kalau tiada boleh guna esen vanilla)
  • 250g tepung spongemix/optima

Cara Penyediaan:

  1. Pukul ovelete dan telur sampai kembang (warna putih).
  2. Masukkan perasa pandan
  3. Masukkan tepung dan pukul lagi sampai kembang.
  4. Kemudian masukkan minyak dan pukul.
  5. Dah sebati semua boleh masukkan dalam loyang saiz 7/8.
  6. Kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak dengan api yang sederhana. Pastikan air mendidih baru masukkan loyang berisi adunan tadi.
  7. Wrapkan loyang supaya air tak menitik.
  8. Apabila kek dah masak dan sejuk, bahagikan kepada 3 layer.

RESEPI ADUNAN HIJAU:

Bahan A:

  • 450ml jus pandan (air + daun pandan (7-8 helai), dikisar halus dan tapiskan)
  • 450ml santan pekat.
  • 95g tepung hoenkwe
  • 20g tepung jagung

Bahan B:

  • 450ml air biasa
  • 180g gula (nak manis boleh letak lebih)
  • Serbuk agar-agar plain 1 paket

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan bekas. Masukkan jus pandan, santan, tepung jagung, tepung hoenkwe.
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Tinggal sekejap dan buat bahan B pula.
  3. Untuk bahan B, sediakan periuk. Masukkan air dan gula.
  4. Apabila dah mengelegak masukkan agar-agar serbuk dan kacau supaya tak berketul.
  5. Campurkan bahan A dan B. Masak menggunakan api yang perlahan. Kacau sampai pekat. (kalau tak kacau nanti berketul).
  6. Sekiranya menggunakan loyang 7 untuk kek, untuk buat yang ini perlu guna loyang yang sama.
  7. Spraykan loyang dengan air supaya senang kek keluar dan tak melekat. Jangan skip, ini wajib. Spray manja-manja je.
  8. Ambil 2 senduk adunan hijau dan masukkan ke dalam loyang.
  9. Masukkan kek dan biarkan sekejap. Masukkan 2 senduk adunan hijau. Ulang sampai habis ya. Akhir sekali ratakan je.
  10. Biarkan sekejap lebih kurang 15 minit dan wrapkan. Masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam.
  11. Keluarkan dari loyang, masa keluarkan dari loyang tu hati-hati ye.
  12. Siap

 

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Cik Hayfa Zhufairah Via MATJHN

Baca juga: Ini Dia Resepi Kek Kukus Pandan Cheese Leleh Paling Sedap, Makan Sampai Terbawa Dalam Mimpi

tags: