Badak berendam merupakan kuih yang diadun daripada tepung pulut dan tepung gandum yang di campur dengan daun pandan bagi menaikkan lagi aroma dan menyedapkan rasa. Kuih badak berendam ini adalah salah satu daripada kuih tradisional Melayu. Ia dimakan bersama kuih putih iaitu kuah yang dihasilkan daripada santan. Rasanya yang lemak-lemak manis memang sedap!
RESEPI DOH
Bahan Doh
- 3 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan. Kisar dan tapiskan)
- Sedikit pewarna hijau. Tak letak pun tak pe. Hijau jus pandan pun okay.
Cara Penyediaan:
- Tuang air jus pandan sikit demi sedikit dan gaul sebati. Ulikan hingga menjadi doh.
- Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya. Kemudian leperkan doh isikan inti kelapa atau apa-apa inti yang anda suka. Bulatkan semula.
- Rebus macam kita buat kuih buah melaka/onde-onde. Angkat dan jirus sekejap bawah air paip dan toskan airnya.
- Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
RESEPI INTI
Bahan Inti:
- 1 biji kelapa parut putih
- 1/2 cawan gula merah
- 1 ketul gula melaka
- 1 1/2 cawan air
- 3 helai daun pandan
- Secubit garam
- 1 sudu besar tepung gandum
Cara Penyediaan:
- Masak gula merah + gula melaka + air hingga larut. Tapiskan.
- Air gula tadi masak bersama kelapa parut putih, secubit garam & daun pandan.
- Gaul rata dan agak-agak nak kering letak tepung gandum dan gaul sebati.
RESEPI DADIH/KUAH :
Bahan Dadih
- 5 cawan santan sederhana pekat
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 helai daun pandan..simpulkan
- Sedikit gula
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Sebatikan bahan diatas (nak kisar pun boleh). Masak hingga naik wap.
- Dadih ni kena rasa masin sedikit. Sentiasa dikacau agar tidak berketul.
- Kacau sampai sedikit likat dan terpulang nak likat lagi kacau je lagi tapi jangan sampai pekat sangat.
.SELAMAT MENCUBA!
Kredit Resepi : Zura Zul