Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Je Sos Bolognese Tanpa Guna Sos Segera. Sekali Buat Dapat Sekuali, Jimat!

Buat Sendiri Je Sos Bolognese Tanpa Guna Sos Segera. Sekali Buat Dapat Sekuali, Jimat!

Kategori:
Sos Bolognese

Spagetti bolognese sering menjadi menu pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu bila ada sambutan rumah terbuka atau ketika reunion bersama rakan-rakan lama. Tetapi jika hendak dibuat dengan kuantiti yang banyak, elok buat sendiri je sos bolognese. Kalau nak beli yang segera dalam botol, boleh tahan banyak juga botol hendak diguna.

Buat sendiri lagi jimat dan sebenarnya nak buat sos bolognese sendiri ini sangat mudah sebab tak perlu guna banyak bahan pun. Jom cuba buat nanti, ikuti resepi lengkap perkongsian oleh Wanie Dzar di bawah.

Cara Buat Sos Bolognese Tanpa Guna Sos Segera

Bahan-bahan:

  • 400gm Spaghetti/Macaroni (Suka hati korang la nak guna apa, rebus dan ketepikan)
  • Sedikit olive oil/minyak masak utk menumis
  • 400gm Daging Cincang
  • 1 labu Bawang Holland dipotong dadu
  • 1 tin Tomato Puri (nak pedas tambah cili kering kisar sikit)
  • 1 tin Hirisan Cendawan Butang (Optional. Pastikan halal ye, ada banyak brand ada yang tak halal, Wanie guna Brand Rex)
  • 1 sudu besar Oregano Flakes (WAJIB)
  • 1/2 sudu Serbuk Blackpepper (nak lebih pun boleh)
  • 1 kiub pati ayam knorr (Tak letak pun tak apa)
  • Garam & Gula suaikan rasa

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang holland yg dah dipotong dadu tadi dengan sedikit minyak. Tumis sampai harum. Masa ni kalau nak letak cili kering kisar, boleh la masukkan. Tak nak pedas, korang tumis bawang je.
  2. Masukkan daging kisar yang dah dibasuh buang darahnya.
  3. Kacau rata. Biarkan air daging tu kering & sedikit garing. Tapi jangan terlalu garing.
  4. Masukkan tomato puri 1 tin kacau rata. Biarkan dia masak seketika.
  5. Tambah air rebusan daging kalau ada. Atau 1 cawan air.
  6. Ok dah boleh masukkan blackpepper, oregano, garam & gula. Oregano tu wajib ada.
  7. Bila kuah tadi dah mendidih & sedikit pekat, masukkanlah cendawan butang tu. Boleh guna cendawan apa pun, cuma jangan guna cendawan shitake ye, spoiled terus rasa. Shitake mushroom rasanya sangat kuat. Jadi tak sesuai utk sos ni. Jadi Wanie suggest Button Mushroom! Tapi sebenarnya cendawan yg paling sesuai cendawan butang.
  8. Siap! Bila dah siap korang hidang la dengan spaghetti! Lagi syok layan! Ni Wanie kehabisan stock spaghetti, so kita guna macaroni aje la. Selamat mencuba.

Kredit: Wanie Dzar 

tags: |