Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kek Chiffon Pandan Gebu Gebas. Sangat Lembut, Sedap Dan Sesuai Dihidangkan Untuk Tetamu

Cara Buat Kek Chiffon Pandan Gebu Gebas. Sangat Lembut, Sedap Dan Sesuai Dihidangkan Untuk Tetamu

Kategori: ,
kek chiffon pandan

Kek chiffon pandan memang sangat terkenal dengan rupa bentuknya yang berwarna hijau dan tekstur yang lembut dan gebu. Tetapi nak membuatnya perlu ada kemahiran atau cara yang betul. Barulah kek tersebut menjadi elok. Kalau anda nak kek yang menjadi, gebu dan sedap boleh rujuk resepi kat bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A

  • 6 biji putih telur (telur A)
  • 1 sdt cream of tartar
  • 3/4 cwn gula halus

Cara Penyediaan:

  1. Mix putih telur sehingga berbuih
  2. Masukkan gula dan cream of tartar
  3. Mix lagi sehingga kental /bertanduk. Ketepikan.

Bahan B

  • 6 kuning telur
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1  3/4 cwn tepung self raising (blue key)
  • 1/4 cwn minyak jagung
  • 1/4 cwn air pandan (blend 4 helai)
  • 1/2 cwn santan kara
  • Sedikit pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN:

  1. Dalam bekas lain mix kelajuan sederhana kuning telur bersama gula halus
  2. Masukkan minyak,air pandan, pewarna hijau dan santan.. mix lg
  3. Akhir sekali masukkan tepung..mix perlahan sehingga sebati
  4. Langkah seterusnya, masukkan bahan A ke dalam. bahan B sedikit demi sedikit.. kaup balikkan sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang hentak sekali dua.
  5. Bakar suhu 170 selama 1 jam api atas bawah
  6. Keluarkan dari oven terus terbalikkan atas redai kek dan biarkan kek sejuk (lebih kurang 45min)
  7. Sisipkan keliling kek keluarkan dari loyang
  8. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mas Cotek

tags: