Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Sardin Goreng Petai’ Pedas Terangkat Memang Tak Boleh Berhenti Makan, Sedap Sangat!

Resepi ‘Sardin Goreng Petai’ Pedas Terangkat Memang Tak Boleh Berhenti Makan, Sedap Sangat!

Kategori: ,
resepi sardin goreng petai

Masakan sardin goreng petai macam ni jarang yang buat kan? Tapi kalau anda cuba, mesti ketagih punya. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan pedas dan petai. Memang rasanya sangat luar biasa. Confirm tak boleh berhenti makan sebab sedap sangat.

Nak cuba buat Sardin Goreng Petai ini? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Bahlah Saripuddin ini. Memang tak menyesal punya.

Resepi Sardin Goreng Petai Yang Mudah Serta Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin ikan sardin
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Petai

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumbukkan bawang putih, halia dan cili padi.
  2. Keluarkan sardin dulu.
  3. Goreng ikan sardin sekejap. Lagi sedap kalau goreng dulu.
  4. Tumiskan bahan tumbuk tadi. Abaikan rupa kuali. Memang kalau goreng ia akan merecik sikit.
  5. Tambahkan sos sardin yang tadi
  6. Masukkan ikan. Nak berkuah tambah air sikit.
  7. Masukkan bawang dan petai.
  8. Letakkan garam sedikit rasa.
  9. Jika suka masukkan gula.
  10. Kacau sebati dan siap!

Mudah sahaja kan nak buat Sardin Goreng Petai ini? Makan dengan nasi putih panas-panas dengan telur dadar memang menyangkut habis!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Bahlah Saripuddin

Baca juga: Mudah Je Nak Buat Sardin Homemade, Memang ‘Confirm’ Halal & Bersih Tanpa Cacing

tags: |