Bawang putih sememangnya sudah biasa digunakan dalam masakan. Namun selain dari penyedap rasa, terdapat terlalu banyak khasiat yang terkandung dalam bawang putih ini untuk kesihatan tubuh badan manusia. Melalui perkongsian oleh Imy R Saidin, jika meletakkan bawang putih semasa masak nasi, nasi akan lambat basi.
Selain itu, ia juga bagus untuk kesihatan kerana mampu untuk membuang angin di dalam badan. Menurutnya juga, anak-anaknya juga jarang sakit selepas mengamalkan cara ini. Jom ikuti perkongsian lengkap di bawah.
Letak bawang putih 3-5 ulas masa masak nasi. Dah 3 tahun + saya amalkan, anak2 jarang sakit.. Alhamdulillah. Dulu tiap bulan demam.
Selain sihat, nasi juga lambat basi. Juga bagus untuk buang angin, insyaa Allah.
Nota : Ramai shbt MAHN yg komen, nasi bau bawang tak? Maaf ya, x sempat jawab satu2. Pada sy baunya tak sampai jejaskan rasa nasi. Bagi yg nak hilangkan bau bwg, boleh letak daun pandan utk lbh wangi.
Slmt mencuba petua ni, moga lebih sihat.
Kredit: Imy R Saidin