Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mi Kuning Homemade Guna 4 Bahan Mudah. Hiris Guna Pisau, Tak Perlu Ada Mesin Pun

Mi Kuning Homemade Guna 4 Bahan Mudah. Hiris Guna Pisau, Tak Perlu Ada Mesin Pun

Kategori:
Mi Kuning Homemade

Tak perlu guna mesin pun rupanya untuk buat sendiri mi kuning homemade di rumah, selama ini ingatkan susah nak buat mi kuning. Kalau buat sendiri memang dijamin halal dan bersih.

Hanya perlu guna 4 bahan mudah yang ada di dapur, tak susah mana pun. Untuk menghasilkan jaluran mi hanya perlu hiris menggunakan pisau.

Berminat untuk cuba buat sendiri? Ikuti resepi dan cara lengkap perkongsian oleh Norain Naim di bawah. Menurutnya, ini merupakan percubaan pertama membuat mi kuning homemade tapi hasilnya memang berbaloi.

Mi Kuning Homemade Guna 4 Bahan Mudah. Hiris Guna Pisau, Tak Perlu Ada Mesin Pun

Bahan-bahan:

  • 300 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air suam

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak2 je tau sampai doh tak lekit dekat tangan. Jangan over air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung.
  2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
  3. Masa canai nipis tu tabur taburkan tepung sikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat kan dia. Sila tengok gambar ye. Lipat tu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak yah lipat.
  4. Ok dah boleh potong nipis2. Macam ain tak de mesin canai mee tu jadi potong guna manual, guna tangan. Yang ni kite suruh suami yang potong. Ikut masing2 nak nipis mana.
  5. Rebus 5 minit atau sampai mee lembut.
  6. Toskan mee tadi dalam air sejuk atau berais. Kite tak nak mee terlebih kembang. Letak sikit minyak bagi cantik berderai.

Alhamdulillah, siap dah mee kite. Boleh la buat mee goreng ke, mee sup ke, mee kari ke. Senang kan? Bahan2 pun mudah dapat, tak de bahan kimia Asid borik tu. Selamat mencuba mak mak sekalian.

Nota: Ada yang tanye tak perlu letak pewarna ke? Bagi ain macam ni pun dah cantik warna dia. Kalau nak letak juga boleh letak serbuk kunyit sikit

 

Kredit: Norain Naim 

tags: