Korean garlic cheese bread merupakan merupakan roti yang berasal daripada Korea Selatan dan boleh ditemukan di setiap gerai di street food di kawasan Gangnam Station di Seoul. Memang roti ini sangat viral buat masa sekarang. Ada seorang wanita di laman facebook berkongsi cara membuat roti tersebut dengan hanya menggunakan roti burger. Sangat mudah dan sedap!
BAHAN-BAHAN:
- Roti burger 10 ketul
- Tartura cheese 250gm
- Fresh milk 200mlm
- Susu pekat 2 sudu
- Perahan lemon 1 sudu
- Bawang putih 6 biji
- Butter 250gm
- Susu pekat 2 sudu
- Madu 1 sudu
- Telur sebiji
- Parsley 1 sudu
CARA PENYEDIAAN:
- Kisar cheese, fresh milk, susu pekat dan perahan lemon. Agak-agak, jangan cair sangat nanti susah nak piping masukkan dalam roti.
- Cairkan butter kemudian masukkan bahan-bahan yang lain tu dan kacau sebati.
- Apabila dah siap, boleh pipingkan cheese dalam roti.
- Sapu sos butter tu atas roti.
- Bakar dan siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Nor Hidayu Via MAHN