Roti sandwich merupakan makanan yang tampak biasa tetapi amat sedap. Roti sandwich ini sangat sesuai untuk dimakan waktu sarapan, minum petang atau pun sebagai juadah hidangan di apa-apa majlis. Resepinya mudah sahaja, kalau anda berminat untuk buat jualan pun boleh guna resepi kat bawah ini.
Resepi Roti Sandwich Viral Sekali Rasa Nak Lagi, Buat Sikit Memang Tak Cukup
BAHAN-BAHAN:
*Resepi ni untuk 2 bungkus roti saiz besar
- 10 biji telur |direbus dan dilecek
- 1 senduk mayonis
- 1 sd teh lada sulah ajishio
CARA PENYEDIAAN:
- Campur bahan semua sekali dan gaul sebati.
BAHAN SAMPINGAN:
- Tomato dipotong bulat
- Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)
CARA MELAPIS:
- Sapu roti dengan mentega.
- Ambik sekeping roti, letakkan tomato
- Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi dan ratakan.
- Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan last sekali letakkan roti.
- Potong serong 2 atau 4.
- Siap
Tips:
- Cara susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.
- Potong serong 4 dan masukkan dalam paper cup atau potong 2 serong. Yang ni potong serong 2. Letak dalam bekas sandwich yang 3 segi. Kalau nak jual boleh jual RM2 satu.
- Korang nak tambah sosej atau crab stick tu boleh jugak. Celur dulu sosej dan crab stick tu, potong kecil dan gaul sekali dalam bancuhan telur. Boleh upkan sikit harga jualan tu.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Anissa Ismail