Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Sendiri Kek Coklat Telur Masin Yang Berkrim, Mudah Dan Menjimatkan

Jom Buat Sendiri Kek Coklat Telur Masin Yang Berkrim, Mudah Dan Menjimatkan

Kategori: ,
resepi kek coklat telur masin

Kek coklat telur masin atau Egg Salted Choc Cake ini merupakan antara kek yang paling popular abad ini. Kek coklat yang dituangkan dengan sos telur masin di atasnya memang sedap. Rasanya yang berkrim pasti memikat hati semua. Harganya juga agak mahal jika dibandingkan dengan buat sendiri dekat rumah. Kalau ada ahli keluarga yang ramai, lebih baik buat sendiri. Lebih jimat dan boleh makan sepuas hati.

RESEPI KEK COKLAT:

Bahan-bahan Coklat :

  • 1 Cawan Serbuk Koko
  • 1 Cawan Gula Pasir
  • 1 Cawan Minyak
  • 1 Cawan Susu Pekat
  • 1 Cawan Susu Cair
  • 3 Biji Telur

Cara Penyediaan:

  1. Blend ke semua bahan di atas, kemudian masukkan ke dalam bekas.

Bahan-bahan Ayak :

  • 1¼ Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 1 Sudu Kecil Baking Powder

Cara Penyediaan:

  1. Satukan ke semua bahan dan ayakkan bersama. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang telah di isi bahan-bahan coklat tadi.
  2. Adun sebati dan boleh dikukus sampai masak. Sesambil tu boleh la cucuk-cucuk dengan garfu nak tahu masak ke tidak.
  3. Tunggu kek coklat sejuk dulu baru tuangkan sos telur masin.

RESEPI TOPPING SOS TELUR MASIN:

Bahan-bahan:

  • 1 sb serbuk salted egg ( tak payah susah-susah nak rebus telur masin, beli je yang dah siap).
  • 1 sb susu full cream serbuk (susu anak pun ok)
  • 1 sb tepung custard
  • 1 sk corn flour
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 sb butter (saya guna anchor)
  • 1 sk vanilla ( Tak nak letak pun takpe)
  • 2 sb gula halus (jangan manis sangat ya nanti tak sedap)
  • Sedikit pewarna kuning telur

Cara Penyediaan:

  1. Kacau dan masak semua bahan dengan api yang perlahan atas dapur sehingga likat pekat. Kalau rasa pekat sangat tambah lah air. Tapi jangan terlalu cair nanti tak sedap.
  2. Apabila dah siap biarkan sejuk. Betul-betul sejuk baru masukkan dalam fridge.
  3. Bila dah sejuk baru tuangkan atas kek.

RESEPI TABURAN ATAS KEK:

Cara Penyediaan:

  1. 2 biji telur masin egg yolk sahaja tau. Basuh bersih-bersih dan bakar dalam oven selama 20 minit.
  2. Biarkan betul-betul kering keluarkan dan hancur-hancurkan biar menjadi seperti crumbs.
  3. Bakar semula biar betul-betul kering dan sejukkan.
  4. Apabila dah selesai semua baru taburkan atas kek yang telah dituangkan sos tadi.

 

tags: |