Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Karipap Frozen Yang Rangup, Flawless & Tak Menggerutu Bila Digoreng, Cantik Sempurna!

Cara Buat Karipap Frozen Yang Rangup, Flawless & Tak Menggerutu Bila Digoreng, Cantik Sempurna!

Kategori:
Karipap Frozen Yang Rangup

Pernah tak bila goreng karipap frozen, hasilnya karipap akan jadi menggerutu, gelembung atau terbelah di tengah-tengah? Selepas ini, boleh ikut cara buat karipap frozen yang rangup di bawah. Memang confirm karipap akan flawless, tak menggerutu dan yang penting rangup!

Cara Buat Karipap Frozen Yang Rangup, Flawless & Tak Menggerutu Bila Digoreng, Cantik Sempurna!

Bahan-bahan kulit karipap rangup:

  • 1 kg/1 bungkus tepung gandum (saya guna tepung mfm cap ros)
  • 3/4 cawan @ 150ml @ 15 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan marjerin (saya guna planta)
  • 350ml @ 2 cawan @ 18 sudu @ 19 sudu aura air masak
  • 1 sudu makan air kapur yang jernih sahaja

oh! sebelum lupa jangan tanya saya garam atau gula tak letak kah? saya memang tidak letak sebab resepi dari arwah mak pon takde letak garam gula.. tapi kalau nak letak rasanya tidaklah menjadi kesalahan.. ikut selera dan gerak hati masing2 ya.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan marjerin @ planta. Biarkan suam-suam dan tuang ke dalam tepung gandum.
  2. Gaul rata minyak dan tepung menjadi seperti serbuk roti @ breadcrum.
  3. Campurkan air kapur dan air yang 350ml tadi.
  4. Setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Jangan terlalu lembik keras sampai boleh uli dan tidak melekat.
  5. Uli tepung sehingga sebati menjadi dough.
  6. Untuk proses karipap menjadi senang rehatkan/biarkan dough dalam 45minit – 1jam.

Tips:

  • Kalau nak cepat boleh tutupkan dough yang diletakkan dalam bekas dan di wrap dengan cling film. Dalam 15 minit dah boleh proses buat karipap.
  • Cara saya untuk no.6, setelah menjadi doh agak2 tepung tidak melekat( jika melekat atau lembik letakkan sikit tepung, jika keras tambahkan air), saya dengan secepat kilat jadikan doh kepada bulat2 kecil. Selalunya untuk 1kg tepung dapat dlm 100-115 biji bebola kecil). Setelah dibulat2kan kecil saya rehatkan dalam 15 minit. Kenapa 15 minit? Sebab saya wrap dengan cling bagi kedap udara dan doh cepat lembut dan senang untuk dibentuk.

Untuk buat jualan frozen ada 2 cara bagi karipap tahan lama, boleh tahan sehingga 2/3 bulan.

  1. Goreng separuh masak, sejukkan then frozenkan. Karipap tak melekat.
  2. Bakar guna oven api atas bawah, suhu 150C selama 15minit. Ikut oven masing
    masing. Dah sejuk frozenkan.

Sebab karipap menggerutu?

Untuk karipap frozen ploles gebu gebas, senang saja. Keluarkan karipap frozen terus letak dalam minyak atas kuali bukak api kecil sederhana. JANGAN tunggu minyak panas atau defroshkan karipap, tak perlu. Tak makan minyak ke? Jawapannya tidak, terus letak karipap frozen yang keras tu dalam minyak yang belum dibuka api atau di panaskan. Karipap tak gelembung merapu rapu atau terbelah ditengah2.

Anda lagi suka karipap yang menggerutu?

Untuk karipap mengerutu, sebab ada yang suka karipap menggerutu. Katanya rangup dan sedap. Selepas siap karipap boleh terus goreng dengan api yang sederhana besar, gerutu akan terhasil. Tapi hanya diguna pakai untuk karipap yang sedia untuk di goreng terus. Untuk yang frozen hanya karipap frozen goreng sahaja menghasilkan gerutu setelah di defroshkan dari frozen.

 

Kredit: Azam Abd Wahab

tags: