Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah & Sedap Chicken Pie Yang Sesuai Untuk Dijadikan Jualan, Kalau Jual Memang Laku Keras

Resepi Mudah & Sedap Chicken Pie Yang Sesuai Untuk Dijadikan Jualan, Kalau Jual Memang Laku Keras

Kategori: ,
resepi chicken pie

Bila sebut chicken pie mesti anda dah terbayang kerangupan dan kesedapannya kan? Chicken pie ini merupakan makanan yang berasal daripada Great Britain. Di sana ia dikenali dengan nama Savouri Pie/Pie Savari.  Intinya terdiri daripada cendawan dan ayam. Sangat sedap dan nak menyediakannya juga agak senang.

Ada seorang wanita di laman facebook berkongsi resepi chicken pie. Menurutnya chicken pie ini dibuat sebagai persediaan untuk tempahan. Dan di bawah ini adalah resepi yang dikongsi olehnya.

RESEPI INTI CHICKEN PIE:

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, masukkan 200 grm isi ayam + black pepper + garam. Angkat.
  2. Panaskan 2sb butter, masukkan1/2bj bawang holland potong dadu, 2 biji bawang putih cincang, 3sdt tepung gandum dan sedikit air.
  3. Masukkan 1 cawan kentang , carrot , shitake mushroom + air, mixed herbs, black pepper, garam, chicken stock, kacang peas, 1/2 cawan cooking cream@whipping cream@fresh milk.
  4. Kemudian masukkan ayam tadi dan siap!

RESEPI CHICKEN PIE:

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1 sb gula icing
  • 200 gram butter
  • 1 biji telur gred A
  • 4 sb air sejuk (dari peti)

Cara Penyediaan:

  1. Gaul rata tepung gandum dan gula icing .
  2. Masukkan butter sejuk dan gaul rata.
  3. Adunan akan menjadi macam ni. Kemudian masukkan telur.
  4. Apabila dah gaul telur, masukkan air sejuk.
  5. Adunan akan jadi macam ni tak melekat dekat tangan. Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti selama 1/2 jam sebelum di canai.
  6. Kemudian canai kulit pie macam ni. Bulatan tu boleh guna cawan.
  7. Masukkan dalam cup dan ratakan.
  8. Isikan inti yang dibuat tadi.
  9. Tutupkan bahagian atas. Tepi-tepi yang lebih tu kemaskan dan potong dengan pisau.
  10. Tepi-tepi tu boleh kelim dengan garfu je.
  11. Sebelum di masukkan ke dalam oven.
  12. Sapukan kuning telur dan taburkan mixed herbs sedikit dan bakar pada suhu 200c selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Muliaidayu Ahmad

tags: