Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Paling Istimewa Nasi Ayam Lemon Yang Sempurna, Sedap Dan Menyelerakan

Resepi Paling Istimewa Nasi Ayam Lemon Yang Sempurna, Sedap Dan Menyelerakan

Kategori:
Nasi ayam lemon

Nasi ayam lemon merupakan nasi yang seakan sama cara pembuatannya dengan nasi ayam. Kalau nasi ayam, menu ayamnnya adalah ayam yang di saluti kicap, sos tiram dan beberapa bahan lain. Manakala nasi ayam lemon ini, menunya adalah ayam yang bersalut tepung. Dan apa yang istimewanya adalah nasi ayam lemon ini dilengkapi dengan sos lemon madu. Memang sedap dan menyelerakan!

RESEPI SUP AYAM RINGKAS

 

  1. Penuhkan air dalam satu periuk kecil.
  2. Masukkan dua hiris halia, sup bunjut.
  3. Kemudian masukkan 2-3 ketul ayam bahagian bertulang, kaki dan leher ayam.
  4. Tambahkan satu kiub pati ayam.
  5. Masak sup sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
  6. Siap

RESEPI NASI

  1. Masukkan dalam kuali untuk bahan tersebut:
    -3 sudu besar marjerin
    -lemak ayam
    – sebatang serai dicarik
    – dua hiris halia
    – bunga lawang dan kayu manis
    – daun pandan simpul 
  2. Selepas marjerin dan lemak ayam mencair serta bahan tumis menjadi wangi, masukkan beras yang sudah ditoskan. Kacau sehingga beras sekata.
  3. Pindahkan ke dalam periuk. Tambahkan setitis dua pewarna kuning dan secubit garam. Masukkan sedikit kuah sup dan air biasa ke dalam beras. Masak nasi seperti biasa.
  4. Siap.

RESEPI SOS LEMON MADU

  1. Masukkan dua senduk kuah sup ke dalam periuk. Tambahkan satu senduk sunquick.
  2. Dua sudu besar madu. Perah dua hiris lemon.
  3. Masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Seimbangkan rasa.
  4. Kuah sos lemon istimewa siap.

RESEPI AYAM CRISPY

  1. 3 keping dada ayam di belah. Perap satu jam dengan dua sudu besar tepung Bestari perisa asli bersama sedikit air.
  2. Kemudian sediakan campuran tepung dibawah:
    – 1 senduk kecil tepung Bestari perisa asli
    – 1 sudu besar tepung gandum
    – 1 sudu besar tepung beras
    Tekap biar mampat isi ayam yang sudah diperap tadi.
  3. Goreng dalam minyak panas. Balik-balikkan. Sedia diangkat selepas isi ayam masak.

RESEPI SOS AIR LADA

  1. Kisar lumat bahan di bawah dengan sedikit sup.
    – Tiga batang cili merah
    – 1/2 biji tomato
    – sehiris halia
    – seulas bawang putih
  2. Masak bahan kisar tadi di atas api perlahan seketika. Tambahkan satu senduk sos air lada Izyan untuk kelainan rasa. (Jika ada)
  3. Seimbangkan semua rasa.
  4. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Cikgu Afy AL Habibi

tags: