Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Muih » Kuih Bunga Tanjung Merupakan Kuih Tradisional Melayu Yang Comel Dan Sedap, Nak Cuba Buat? Ini Resepinya

Kuih Bunga Tanjung Merupakan Kuih Tradisional Melayu Yang Comel Dan Sedap, Nak Cuba Buat? Ini Resepinya

Kategori: ,

Kuih bunga tanjung atau bunga tanjung merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat terkenal di Kelantan.  Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur itik yang dicampur dengan tepung dan disira dalam air gula. Disebabkan kuih ini agak cerewet untuk disediakan, jadi ia tidak dibuat secara meluas untuk jualan melainkan dibuat untuk apa-apa majlis sahaja.  Jadi kalau anda nak makan sangat, boleh buat sendiri dengan menggunakan resepi di bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji kuning telur itik
  • 1 kg gula pasir
  • 500ml air
  • 250 gm tepung pulut
  • 100 gm tepung beras
  • 2 helai daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh pewarna oren – jika suka

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan tepung pulut dan tepung beras kemudian sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
  2. Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkah separuh pekat. Keluarkan daun pandan.
  3. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang di sangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
  4. Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah di angkat.

SELAMAT MENCUBA!

Baca juga: Resepi Mudah Kuih Lompang Mawar Yang Sedap Dan Cantik, Sesuai Untuk Dibuat Jualan

tags: