Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Perlu Beli Sos Segera Dah, Buat Sendiri Je Sos Carbonara. Sekali Buat Dapat Sekuali!

Tak Perlu Beli Sos Segera Dah, Buat Sendiri Je Sos Carbonara. Sekali Buat Dapat Sekuali!

Kategori:
Sos Carbonara

Spagetti carbonara sering menjadi menu pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu bila ada sambutan rumah terbuka atau ketika reunion bersama rakan-rakan lama. Tetapi jika hendak dibuat dengan kuantiti yang banyak, elok buat sendiri je sos carbonara. Kalau nak beli yang segera dalam botol, boleh tahan banyak juga botol hendak diguna.

Jom ikuti perkongsian di bawah, resepi lengkap yang dikongsikan oleh Arieza Rieza.

Tak Perlu Beli Sos Segera Dah, Buat Sendiri Je Sos Carbonara. Sekali Buat Dapat Sekuali!

Bahan-bahan:

  • Spagetti
  • Butter
  • Bawang holland potong dadu
  • Tepung gandum 3 sudu makan
  • Air 3 cawan
  • Susu full cream 4 cawan
  • Tatura cream cheese yang kecil dibelah 2, ambil sebahagian saja. (kisar bersama sedikit air)
  • Garam, lada hitam, oregano
  • Nak sedap masukkan daging cincang
  • Sosej dipotong kasar
  • Lada benggala

Bahan-bahan:

  1. Panaskan butter kemudian masukkan bawang holland. saute sehingga keperangan.
  2. Masukkan daging cincang. Kacau2 sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau2 sehingga keperangan sedikit.
  4. Dah agak kering masukkan air kacau2. Jangan sampai berketul, dah ok masukkan susu full cream. Saya pakai dutch lady, baru sedap. Kalau pekat tambah lagi.
  5. Kemudian masukkan kesemua bahan lain.
  6. Pastikan tatura cream cheese di kisar dahulu dengan sedikit air supaya kuah tidak berketul.
  7. Bila dah secukup rasa semua, sedia untuk dihidangkan bersama spagetti.

Selamat mencuba!

tags: