Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Simpan Bunga Kantan Agar Tahan Lama, Tak Hitam & Tak Kecut. Senang Bila Nak Masak

Cara Simpan Bunga Kantan Agar Tahan Lama, Tak Hitam & Tak Kecut. Senang Bila Nak Masak

Kategori: ,
Simpan Bunga Kantan

Bunga kantan banyak digunakan di dalam masakan-masakan Melayu seperti laksa penang, nasi kerabu, asam pedas dan lain-lain. Namun jika simpan bunga kantan dengan cara yang salah, ia akan menjadi hitam, berubah warna dan rasa, menjadi kecut dan layu dalam peti ais. Akhirnya, terbuang begitu sahaja.

Rupanya ada cara mudah untuk menyimpan bunga kantan ini supaya dapat tahan lama sehingga 4 bulan. Ikuti perkongsian oleh Haidilah Daud di bawah.

Cara Simpan Bunga Kantan Agar Tahan Lama, Tak Hitam & Tak Kecut

  1. Leraikan kelopak bunga kantan seperti di bawah. Jangan menggunakan pisau sebab nanti akan jadi warna hitam.
  2. Bila dah leraikan, simpan di dalam tupperware atau bekas tertutup. Simpan di dalam tempat beku. Jangan diisi dengan air, biarkan sahaja begitu.
  3. Boleh tahan selama 3 ke 4 bulan tanpa berubah warna dan rasa. Senang nak masak bila buat macam ni.
  4. Hasilnya, bunga kantan tidak akan kecut dan layu.

Kredit: Haidilah Daud

tags: