Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Sampai Perut Kita Kenyang, Ada Orang Lain Sedang Kelaparan” Pesan Arwah Ayah Wanita Ini Undang Sebak

“Jangan Sampai Perut Kita Kenyang, Ada Orang Lain Sedang Kelaparan” Pesan Arwah Ayah Wanita Ini Undang Sebak

Kategori: ,
berbagi-makanan

Tak salah kan berbagi makanan kepada yang memerlukan. Kesian lah dekat sesetengah individu yang tidak bernasib baik di luar sana. Tidak makan, tidak minum. Tiada tempat berlindung. Jika kita mempunyai makanan atau wang yang lebih hulurkan buat mereka. Mungkin pemberian kita yang sedikit itu akan membawa kita ke syurga.

Jangan sampai perut kita kenyang tetapi ada orang lain sedang kelaparan. Itulah ayat yang di kongsi oleh seorang wanita di laman facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN). Apa yang dikongsi oleh wanita terbabit adalah pengalamannya mengenai arwah ayahnya yang selalu memberi makan kepada pengemis, orang gila dan orang yang memerlukan.

“Ayah, banyak customer complain ayah, dia suruh adik cakap dengan ayah, halau orang gila dari datang kedai kita, ataupun letak meja asing, jangan satukan mereka dalam kedai kita.. , nak nak yang kuat maki hamun itu, aku memulakan bicara ku kepada ayah ku ..

Ayah, Allahyarham Haji Tamby Hussin Bin Abdul Majid sewaktu hayatnya , adalah peniaga kedai makan Roti Canai , Murtabak dan Nasi Beriani di sebuah tempat bernama Ujung Pasir Melaka.

Ayah dari sewaktu aku berakal lagi, aku sendiri sudah menyaksikan dengan mata aku sendiri di mana ayah cukup suka memberi makan kepada pengemis, orang gila malah bekas penagih dadah juga makan “free” di kedai ayah sentiasa.

Mereka hanya perlu datang sahaja di kedai ayah, tanpa perlu meminta minta, tahulah ayah meletakkan sepinggan nasi dan ayam goreng buat mereka.

Itulah ayah yang aku kenali dari dulu sehingga akhir hayatnya .

“Anakku, kalau kita tak bagi makan mereka, mana mereka nak makan nak? Pedulikan kata kata customer tu, ayah dah biasa dengar Nak. Kita kena kesian dekat mereka yang memerlukan. Kita bagi mereka makan, mereka kenyang .. mereka dah mampu buat benda lain. Jangan sampai ada orang lain kelaparan di saat kita sangat kenyang…

Itu pesan ayah ku…
Allah Allah Allah
Di saat kita kenyang sangat sampai nak termuntah, jangan ada orang lain kelaparan …
Ya ayah..,
adik ingat pesan ayah ..

Ayah yang menjadikan adik siapa adik hari ini .

Semalam adik bawa rempah The Famous Rempah Beriani Amelia Tamby Hussin ke Pusat Gelandangan Kuala Lumpur .
Adik jamu mereka makan dengan rempah yang ayah ajarkan adik ayah…
Mereka makan bertambah tambah ayah…

Mereka kata sedap ayah, berulang kali bawa pinggan menambah nambah …

Allah Allah Allah
Ayah, air mata adik hampir jatuh semalam ayah, melihatkan mereka seusia ayah jika ayah masih ada umur ayah ..

Baya baya ayah sahaja mereka ayah…, tapi mereka di sini, di pusat transit gelandangan tanpa keluarga mereka di sisi…

Terima kasih ayah , menjadikan adik Amelia Tamby Hussin ..
Adik bangga nama ayah di belakang adik, kerana ayahlah adik mampu jadi sebegini ..
“Jangan sampai perut kita kenyang, ada orang lain sedang kelaparan”

berehat lah ayah dengan tenang, adik akan menyusul datang …

Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW,
“Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?”
Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.
Perkongsian cerita tersebut mengundang sebak netizen. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada cerita ini. Rezeki yang kita dapat tu kongsilah bersama dengan mereka yang memerlukan. InshaAllah kita akan rasa bahagia.

Baca Juga: Beri Makan Pada Lelaki Gelandangan Sambil Berniaga, Tindakan Wanita Ini Mendapat Pujian

tags: