Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Sendiri Kuey Tiaw Kungfu Yang Power Ini, Kalau Beli Dekat Kedai Asyik Tak Cukup Je Kan

Jom Buat Sendiri Kuey Tiaw Kungfu Yang Power Ini, Kalau Beli Dekat Kedai Asyik Tak Cukup Je Kan

Kategori: ,
resepi kuey teaw kungfu

Kuey Tiaw Kungfu merupakan santapan yang tidak berat dan tidak juga ringan. Mungkin bagi individu yang makan banyak, sepinggan kuey tiaw tak cukup. Lebih-lebih lagi kalau dekat kedai tu dia sediakan sedikit sahaja untuk semangkuk. Jadi kalau nak makan sepuasnya, boleh cuba buat sendiri dekat rumah. Senang je tapi rasanya tersangatlah sedap.

BAHAN-BAHAN:

Untuk goreng:

  • Sedikit minyak masak
  • 2-3 biji telur
  • 1 paket kuey tiaw dibahagikan untuk mangkuk-mangkuk seorang makan

Untuk Kuah:

  • 3 biji bawang putih (diketuk)
  • 1 bahagian dada ayam
  • 10 ekor udang & sotong
  • 1 batang carrot
  • 4 biji ank jagung (baby corn)
  • 2 pokok sayur kailan
  • 1/2 sudu white pepper
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu minyak bijan
  • Sedikit garam
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 -3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Masukkan bawang putih kacau hingga keperangan & masukkan isi ayam. Kacau sampai ayam masak.
  3. Masukkan sos tiram supaya rasa sedap.
  4. Masukkan air,kiub ayam. Bila hampir menggelegak masukkan carrot , anak jagung,batang kailan, udang & sotong dan masak sehingga sayur agak empuk.
  5. Masukkan 1/2 sudu white pepper berserta sedikit garam.
  6. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Agak-agak banyak mana kuah korang nak. Fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Dah siap, curahkan kuah ke dlm pinggan berisi kuey tiaw goreng tadi & enak dimakan panas-panas.
  8. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Shai Anne Ahemed Via MAHN

tags: