Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Try Buat Nutella Brownies Cookies Pula, Sekali ‘Ngap’ Pasti Nak Lagi!

Jom Try Buat Nutella Brownies Cookies Pula, Sekali ‘Ngap’ Pasti Nak Lagi!

Kategori:
Nutella Brownies Cookies
Selalu biasa dengar Brownies Cookies je kan? Kali ini jom cuba buat Nutella Brownies Cookies pula. Peminat nutella wajib cuba ini. Ikuti resepi lengkap di bawah, perkongsian oleh Dyana Adyana.

Jom Try Buat Nutella Brownies Cookies Pula, Sekali ‘Ngap’ Pasti Nak Lagi!

Bahan-bahan:

  • 100 gm butter
  • 250 g dark compound (saya guna jenama beryls)
  • 2 sb nutella
  • 150 g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sd esen vanilla

Cara-cara:

  1. Satukan butter dan coklat dark compund. Masukkan juga 2 sudu besar nutella. Cairkan dengan kaedah double boil atau gunakan pengukus. Dah cair tutup api, ketepikan.
  2. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan tepung beras.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang dan esen vanilla. Whisk sampai jadi gebu.
  4. Masukkan campurkan coklat panas-panas tadi ke dalam telur + gula tadi. Sebatikan.
  5. Kacau sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
  7. Lapikkan baking paper atas loyang yang nak guna. Masukkan sesenduk adunan atau mengikut saiz loyang anda. Jangan tebal nanti tak rangup. Ratakan dengan spatula.
  8. Taburkan choc chip dan badan sebanyak mana anda mahu.
  9. Bakar mengikut suhu 160-170 atau mengikut oven masing2. Bakar selama 20-30 minit atau badam keperangan. Keluarkan.
  10. Potong mengikut bentuk yang diingini semasa panas-panas, jangan makan lagi nanti melecur.
  11. Selamat mencuba!

Kredit: Dyana Adyana

tags: