Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cheesekut Mudah Guna 4 Bahan, Yang Penting Tak Perlu Guna Oven!

Resepi Cheesekut Mudah Guna 4 Bahan, Yang Penting Tak Perlu Guna Oven!

Kategori:
Resepi Cheesekut Mudah

Kadang-kadang bila nak buat kek atau pencuci mulut, oven pula tidak ada dekat rumah. Jangan risau, resepi cheesekut mudah ini tidak perlu guna oven. Hanya perlu sejukkan dalam peti dan sedia untuk dimakan. Tak perlu juga menggunakan mixer untuk membuatnya. Mudah kan? Ikuti resepi lengkap di bawah.

Resepi Cheesekut Mudah Guna 4 Bahan, Yang Penting Tak Perlu Guna Oven!

Bahan-bahan:

  • 200-250g cream cheese
  • 1 paket biskut cream crackers
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin)

Untuk Layer/Topping : Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes (ikut citarasa)

Cara-cara:

  1. Blend cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dalam 4 sudu besar) sampai kembang/ gebu.
  2. Sediakan bekas. Ukur biskut dan adjust siap-siap. Lepastu letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. Biskut tu rendam sekejap dalam susu segar ye. Jangan lama-lama. Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
  3. Kemudian tabur milo (ni je yang ada. Ikut korang la ye. Boleh letak nestum/oreo/cornflakes).
  4. Ulang step tu sampai habis adunan cream cheese. Boleh hias topping ikut citarasa ye.
  5. Dah siap. Sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.

Kredit: Dapur Cik Tom

 

Baca juga: Resepi Mango Cheese Cake, Tak Perlu Guna Oven & Mixer

tags: