Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Soto Bihun Yang Lazat & Aroma Sup Yang Membangkitkan Selera, Memang Sedap!

Ini Dia Resepi Soto Bihun Yang Lazat & Aroma Sup Yang Membangkitkan Selera, Memang Sedap!

Kategori:
Soto bihun

Soto bihun merupakan makanan yang berasal daripada Indonesia. Walaupun begitu ia turut disukai oleh rakyat Malaysia.

Soto yang sedap adalah apabila dilengkapi dengan rasa sup yang sedikit berempah, begedil dan sambal kicap. Kalau dapat soto yang macam ni memang asyik sangat makan. Confirm licin satu mangkuk.

Kalau ada yang mahu cuba membuatnya, ikuti sahaja resipi lengkap di bawah. Dijamin sangat senang untuk diikuti. Selamat mencuba!

RESEPI SOTO BIHUN

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan
    – 3 sekawan
    – sebatang serai yang diketuk
    – 1/2 biji bawang besar kuningDiikuti bahan kisar;
    – 1 biji bawang merah
    – 1 ulas bawang putih.Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Tumis sehingga garing.

  2. Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
  3. Kemudian, masukkan beberapa ketul ayam. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.
  4. Barulah masukkan air sebanyak 1 jag besar.
  5. Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.
  6. Nak masukkan bebola daging pun boleh. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali.
    Siap untuk kuah soto yang super sedap! Keluarkan ayam. Tinggalkan bahagian ayam yang bertulang sahaja. *Cikgu suka tapis kuah suah sup. Tak suka ada hirisan bawang semua.*
  7. Ayam yang dikeluarkan tadi bolehlah digoreng seketika. Carikkan.
  8. Biasa soto memang sinonim makan dengan nasi impit kan? Sesiapa yang suka, rebuslah paket nasi impit seperti biasa. Lepas nasi impit masak, sejukkan. Baru potong 4.
  9. Haa tapi..cikgu suka sangat makan dengan bihun. Lebih terangkat. Celur je bihun macam biasa. Dalam air tu, masukkan serbuk kunyit supaya warna bihun berubah menjadi kuning. Nampak lebih menarik macam bihun sup versi utara.
  10. Okay, sendukkan kuah soto.
  11. Kemudian, taburkan dengan bahan hiasan lain.
    – isi ayam yang sudah dicarik
    – daun sup
    – taugeh
    – kacang tanah goreng
    – bawang goreng
    – bebola daging
    – asam limau kasturi
  12. Suhun goreng pun jangan lupa letak. Yang paling penting, lengkapkan dengan sambal kicap letopsss!
    Waaa betul-betul mengancam jiwa.
  13. Siap soto bihun cikgu yang sungguh lazat. Pasti teringat-ingat selepas makan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Cikgu Afy AL Habibi

tags: | |