Satay ikan atau lockcing merupakan isi ikan yang di adun dengan tepung ubi dan beberapa bahan lain. Lalu di bentuk bulat dan di bakar. Kemudian di makan dengan kuah yang pekat. Kebiasaanya kalau kita beli dekat luar, ia terdiri daripada dua perisa kuah. Sama ada pedas atau pun biasa. Satay ikan ini sangat sedap, kalau beli dekat kedai mesti tak puas makan.
Jadi apa kata kita buat sendiri, mudah je sebenarnya cara nak membuatnya. Tapi rasa dia sedap sangat, jadi anda semua boleh makan sepuasnya. Dan siap boleh bagi dekat jiran lagi.
RESEPI SATAY IKAN
Bahan-bahan:
- 250g isi ikan selayang (xpayah resbus)– dikisar lumat
- 100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
- 1/2 biji bawang besar – dikisar
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu teh serbuk perasa
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
- Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
- Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
- Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
- Panaskan minyak dan goreng sekejap.
- Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu)
Nota: Kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
RESEPI SOS MANIS
Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang putih – dikisar lumat
- 1 ½ cawan air
- 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
- 4 sudu makan gula
- ½ sudu makan garam
- Sedikit serbuk perasa
- Sedikit pewarna merah
Cara Penyediaan:
- Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
- Masukkan air.
- Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
- Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
- Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Nota: Untuk sos pedas resepi sama cam sos manis cuma tambah cili mesin (tumis bersama bawang putih) ikut pedas mana korang nak.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ayna AzLyna CheOmar Via MAHN