Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Wanita Ini Dedah ‘Rahsia’ Cara Masak Beras Perang Supaya Lagi Sedap & Tak Keras

Wanita Ini Dedah ‘Rahsia’ Cara Masak Beras Perang Supaya Lagi Sedap & Tak Keras

Kategori: ,
Cara Masak Beras Perang

Siapa yang mahu mula berdiet, memang sesuai sangat mengamalkan beras perang bagi menggantikan beras putih. Jumlah kalori, karbohidrat dan protein diantara kedua-dua beras ini hampir sama, namun beras perang mampu memberi kekenyangan yang lebih cepat walaupun diambil dengan jumlah yang sedikit. Selain itu, jika memakan beras perang anda juga akan kenyang lebih lama.

Tidak dinafikan, harga beras perang adalah lebih mahal berbanding beras putih. Namun, khasiat yang terdapat pada beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih yang biasa dimakan.

Jika beras perang tidak dimasak dengan betul, teksturnya akan menjadi tidak sedap kerana keras. Jadi bagaimana cara masak beras perang dengan betul supaya lebih sedap? Ikuti perkongsian oleh May Vo Dyakonov yang berkongsikan teknik memasak beras perang. Menurutnya, cara ini dipelajari dengan seorang auntie cina.

Wanita Ini Dedah ‘Rahsia’ Cara Masak Beras Perang Supaya Lagi Sedap & Tak Keras

Ramai pm saya tanya cara masak brown rice macam mana bagi sedap. Dulu pun saya tak tau masak. masak macam nasi biasa je so tak sedap sebab keras.

Ada auntie cina ajar saya cara masak. dia suruh basuh dan rendam dulu semalaman. Lepas tu masak je macam biasa. memang sedap nasi nya. biasa tak sempat semalaman, saya rendam at least 2 jam.

Pernah masak lebih air pun tak sedap. Hanya rendam lama je sedap. Pakai portable cooking rice je. makan seorang 1 cup beras 2-3 hari baru habis. Simpan peti sejuk nak makan steam balik.

Sebelum masak beras perang, ia harus dibasuh dan direndam dahulu semalaman. Kemudian baru di masak nasi macam biasa. Jika tidak sempat rendam semalaman, rendam selama 2 jam juga menjadi.

Jika dimasak dengan terlebih air, nasi perang tidak akan sedap. Jadi selepas ini boleh ikut teknik ini untuk anda yang baru berjinak-jinak mahu menukar beras putih kepada beras perang.

Semoga bermanfaat!

Kredit: May Vo Dyakonov

Baca juga: Masak Nasi Guna Beras Basmati Selalu Keras & Melekat? Guna 5 Tips Ini Barulah Sedap Nak Makan!

tags: