GrabMart ialah perkhidmatan penghantaran barangan harian atas permintaan (on-demand). Penghantaran GrabMart ini melibatkan barangan runcit, hadiah dan barangan lain. Pesanan ini bukannya makanan daripada rakan-niaga restoran. Dan perkhidmatan ini membantu dan memudahkan urusan kita dalam pembelian barang keperluan.
GrabMart ini juga turut membuka peluang kepada super market, mini market, kedai borong, kedai sejuk beku dan pelbagai lagi untuk menjadi rakan niaganya. Apa yang menariknya mengenai GrabMart adalah anda tidak perlu menunggu pesanan seperti mana GrabFood.
GrabMart akan ditawarkan di kawasan-kawasan operasi perkhidmatan GrabFood di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Negeri Sembilan, Penang, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Miri, Sungai Petani dan Alor Setar. Dan ada lagi di beberapa negeri lain masih dalam proses.
Apa yang lebih menarik lagi mengenai GrabMart adalah ia mengadakan Deals Of The Day. Di mana anda boleh membeli dengan harga yang lebih jimat. Kira-kira anda boleh jimat separuh daripada harga asal. Berbaloi kan?
Ada seorang lelaki berkongsi pengalamannya membeli barangan daripada GrabMart dengan menggunakan bagi ePENJANA.
Min try guna GrabMart baki dari ePENJANA sebelum ini buat beli barang “Special 1-day deals” di GrabMart. Rupanya banyak boleh beli dalam tu. Setiap hari berbeza special deal yang berbaloi dapat!30 minit dah sampai barang di depan rumah yang paling penting , barang-barang tu bungkus dengan betul!Memang puas hati dan yang lagi menarik potongan harga untuk jus oren Tropicana Twister diskaun 50% dari HeroMarket, RM5.95 SAHAJA.Selain tu, ada Guardian, Mahnaz Food, MyNEWS dan lain2 lagi!Uolls boleh jugak guna Kod “HOTDEALS” (min. Perbelanjaan RM20)! Dapat potongan 30% dari kedai2 terpilih Sah sampai 30 Sept 2020!