Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Peniaga Ini Dedah ‘RAHSIA’ Pulut Kuning Yang Cantik, Berkilat, Lemak, Lembut & Sebiji-Sebiji

Peniaga Ini Dedah ‘RAHSIA’ Pulut Kuning Yang Cantik, Berkilat, Lemak, Lembut & Sebiji-Sebiji

Kategori: ,,,
Pulut Kuning Yang Cantik

Seorang peniaga wanita berkongsikan resepi dan tips untuk masak pulut kuning yang cantik, berkilat, lemak, lembut dan sebiji-sebiji. Menurut beliau, resepi ini dari ibunya dan telah dijadikan sebagai hasil jualannya selama hampir 2 tahun. Ikuti perkongsian lengkap oleh Masmira Idris di bawah.

Peniaga Ini Dedah ‘RAHSIA’ Pulut Kuning Yang Cantik, Berkilat, Lemak, Lembut & Sebiji-Sebiji

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut (beras pulut biasa yang panjang sikit, bukan jenis montok & bukan pulut susu)
  • Halia 1/2 inci
  • Daun pandan 5 helai (wangi)
  • 150-300 gram santan segar dan pekat

Cara-cara:

  1. Bilas beras pulut 3 hingga 4 kali. Rendam letak 2 sudu besar serbuk kunyit selama 3 jam.
  2. Sebelum dikukus, bilas terlebih dahulu dengan air paip dan sejat dengan penapis. (perlu bilas balik untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan supaya pulut tahan lama, jangan guna pewarna)
  3. Kupas halia dan cincang nipis-nipis sehingga jadi paling halus. (orang yang makan tidak akan perasan ada halia dalam pulut.
  4. 3 helai daun pandan diikat untuk diletakkan dalam pulut semasa kukus. 2 helai lagi untuk dibuat sebagai pelapik pulut dalam periuk kukus.
  5. Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut dalam pengukus. Taburkan halia bagi sekata dalam pulut bersama daun pandan. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut. Kukus sampai pulut masak.
  6. Ambil satu besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas. Kemudian masukkan 1/2 sudu besar gula dan 1/2 sudu kecil garam, kacau sehingga larut. Kemudian masukkan santan pekat, kacau sehingga sebati. Rasa terlebih dahulu supaya rasa masin dan manis sikit.
  7. Sediakan besen besar, masukkan pulut yang sudah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Gaul sehingga sebati.
  8. Jangan risau jika kuah santan banyak sebab nanti pulut akan serap semua kuah santan itu. Baru pulut akan jadi lembut. Pastikan gaul sehingga puut rata dan tidak berketul.
  9. Tekan dan ratakan dalam besen tadi. Biarkan dia rehat dalam 10 hingga 15 minit baru dicedok untuk packing atau makan.
  10. Semoga bermanfaat.

Tips: 

  • Pulut yang cukup lemak, akan kelihatan santan macam bertali putih pada senduk.
  • Tak perlu kukus kembali pulut selepas digaul dengan santan.

 

tags: |