Pasti ramai yang suka makan lempeng nyor atau kelapa ini kan? Kalau dicicah dengan gula, makin sedap rasanya. Jom cuba buat untuk minum petang nanti. Mudah sahaja cara memasak lempeng nyor, ini resepinya.
Cara Buat Lempeng Nyor Guna 5 Bahan Je, Makan Panas-Panas Cicah Gula Lagi Umphh!
Bahan-bahan:
- 2 cawan kelapa parut
- Setengah cawan tepung gandum
- Sedikit santan
- Sedikit air kelapa (kalau tiada, boleh guna air biasa)
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Satukan semua bahan kecuali air kelapa. Gaul serata baru tuangkan air kelapa sedikit demi sedikit.
- Adunan jangan terlalu cair.
- Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Ambil adunan dalam satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali, nipiskan.
- Tunggu sampai ia garing dan boleh balikkan.
- Siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Mudah sahaja buat Lempeng Nyor ini? Memang mudah dan sedap. Makan pula waktu hujan-hujan. Memang padu sungguh rasanya. Jadi tunggu apa lagi tu. Jom kita cuba buat sekarang jom!
Kredit: Masni Bahari
Baca juga: Tips Hasilkan Lempeng Legend Yang Cantik, Lembut & Gebu. Sangat Sedap Makan Dengan Sambal Tumis Telur!