Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Coklat Indulgence Ala Secret Recipe, Rasanya Seakan Sama Memang Tak Rugi Kalau Cuba Buat

Resepi Kek Coklat Indulgence Ala Secret Recipe, Rasanya Seakan Sama Memang Tak Rugi Kalau Cuba Buat

Kategori:
resepi kek coklat indulgence

Kek coklat indulgence memang sangat di gilai ramai. Lebih-lebih lagi kek coklat indulgence di Secret Recipe. Ramai kan yang cuba nak buat sama dari segi rasa dan bentuk tapi ramai yang tak berjaya. Dan ini ada seorang wanita berkongsi resepi kek coklat indulgence persis secret recipe. Cubalah dulu, memang tak rugi kalau cuba.

Resepi Kek Coklat Indulgence Ala Secret Recipe Yang Mudah

RESEPI KEK SPAN COKLAT

Bahan-bahan:

  • 300g sponge mix coklat
  • 300g telur
  • 60g air
  • Sedikit esen vanila
  • 60g minyak sayuran

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar sampai gebu.
  2. Dah gebu baru masukkan minyak. Kaup guna spatula atau senduk.
  3. Dah kaup rata baru masukkan dalam loyang saiz 9″.
  4. Bakar suhu 170C selama 40 minit. Yang ni kena kenal oven masing-masing ya.
  5. Kek dah masak, terus keluarkan dari loyang.

RESEPI MOUSSE COKLAT & PUTIH

Bahan Mousse Coklat:

  • 150g dark compound
  • 300g non dairy whipping cream
  • Cairkan coklat guna kaedah double boil. Ketepikan.
  • Putar whipping cream hingga gebu.
  • Satukan dua bahan ni.

Bahan Mousse Putih:

  • 150g white compound
  • 300g non dairy whipping cream

Cara Penyediaan:

  1. Sama juga kaedah macam mousse coklat ya. Cuma bila dah siap, bahagikan mousse putih kepada dua bahagian.
  2. Dah siap semua bahan, bolehlah belah kek span tu jadi 4 bahagian.
  3. Lapis pertama letak mousse putih, kemudian mousse coklat, ulang semula dengan mousse putih.

UNTUK MELEPA KESELURUHAN KEK:

Bahan-bahan:

  • 300g non dairy whipping cream/fresh cream pukul hingga kental

Bahan ganache coklat:

  • 300g dark compound
  • 150g whipping cream
  • 1 sb marjerin

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan dark compound dan marjerin guna kaedah double boil.
  2. Dah cair baru masukkan whipping cream. Gaul sebati.
  3. Dah siap semua boleh la hias ikut kreativiti masing-masing.

Nota:

  • Saya guna tepung optima/sponge mix
  • Resipi mousse saya memang tak guna gelatin
  • Kalau nak guna moist choc cake sebagai base pun boleh juga terpulang citarasa masing-masing
  • Bila nak satukan mousse tu pastikan non dairy whipping cream/ fresh cream dah pukul kental kemudian campurkan coklat yang dah siap double boil waktu coklat masih panas. Gaul laju-laju untuk elak dia berketul
  • Bahan-bahan lebih bagus cari dikedai bahan kek sebab semua lengkap. Kalau tak kenal bahan boleh tanya dengan tuan kedai.
  • Saya guna coklat jenama berlys, fresh cream jenama value pride

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Norlailanazira Mohd Ago

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Versi Bakar Yang Cantik, Menarik Dan Sememangnya Teramat Sedap

tags: | |