Ini dia resepi lengkap dan ringkas cheese tart yang sedap. Cheese tart ini merupakan kuih atau biskut moden yang sering dijadikan sebagai pencuci mulut di majlis hari jadi dan majlis perkhawinan.
Untuk membuat cheese tart yang comel, sedap dan menjadi, ia memerlukan kesabaran dan kepandaian dalam membuat shell atau kulit tart tersebut. Jadi bagi sesiapa yang nak cuba buat cheese tart yang menjadi dan elok, boleh rujuk resepi kat bawah ini.
Resepi Cheese Tart Mudah, Sedap & Jimat
RESEPI SHELL
Bahan-bahan:
- 250grm butter
- 1 biji kuning telur
- 100grm gula kastor
- 1 sdb esen vanilla
- 1 sdb susu pekat
Cara Penyediaan:
- Kacau sebati semua bahan di atas dengan menggunakan senduk.
- Adunan dah sebati, masukkan sedikit demi sedikit 450grm@500grm tepung gandum. Akhir sekali tambah 2sdb air sejuk dari peti. Jadikan doh tak melekat di tangan. Biasa saya simpan dalam peti sejuk sebentar dalam 10minit.
- Masukkan adunan dalam acuan seperti dalam gambar..untuk bentuk yang comel dan jari tak sakit, saya guna alat seperti dalam gambar & kemaskan lebihan doh pada tepi acuan.
- Cucuk dengan garfu sebelum dibakar pada suhu 150° selama 20minit @ kekuningan. Shell ni mudah dikeluarkan daripada acuan selepas dibakar.
RESEPI ADUNAN CHEESE
Bahan-bahan:
- 500grm cream cheese
- 30grm butter
- 100grm gula kastor
- 1 biji telur gred A
- 1sdb esen vanilla
- 20grm non dairy whipping cream
Cara Penyediaan:
- Putar cheese dengan medium speed, sehingga cheese tidak berketul
- Masukkan butter, putar lagi sebentar
- Masukkan gula kastor, putar sehingga gula sebati
- Masukkan telur dan putar sebentar
- Tambah esen vanilla
- Akhir sekali masukkan non dairy whipping cream dan putar sebentar.
- Isi filling strawberry @ blueberry @ nutella @ kiwi etc ikut selera masing2 kedalam shell yang sudah dibakar.
- Masukkan adunan cheese dalam piping beg & pancitkan secara menaik.
- Bakar pada suhu 150° selama 20minit.
- Okay dah siap.
P/s:
- Acuan & alat yang saya gunakan. Masukkan adunan dalam acuan, tekan guna alat tersebut untuk membentuk. Acuan ada bentuk tajam@bunga. Saya beli dua-dua jenis.
- Cucuk dengan garfu
- Letak filling pilihan idaman hati
- Strawberry cheese tart
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Muliaidayu Ahmad Via MAHN