Telur merupakan salah satu bahan atau makanan yang paling popular dan sering digunakan di Malaysia. Bukan di Malaysia sahaja malah negara lain juga menjadikan telur sebagai ramuan utama dalam pelbagai jenis masakan. Di Malaysia, telur sering digunakan dalam kuih muih dan kek. Jika anda ingat, beberapa bulan yang lepas heboh mengenai kejadian keracunan makanan akibat memakan puding buih. Keracunan tersebut adalah berpunca daripada telur.
Jadi bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku sama ada untuk diri anda mahu pun orang lain. Jangan lupa periksa terlebih dahulu tahap kesegaran telur ayam tersebut. Ini ada 4 cara mudah yang anda wajib lakukan sebelum anda memasak menggunakan telur.
Sebelum anda membeli telur, lihatlah dan ambil berat soal tarikh luput. Kebanyakan telur yang dijual di pasaraya selalunya sudah dibungkus dan di tandakan dengan tarikh luput, sama ada di kotak bungkusan atau pun di kulit telur. Akan tetapi, jika anda membeli telur di kedai runcit atau pasar borong mungkin telur tersebut tidak ditandakan dengan tarikh luput. Tetapi jangan risau, anda boleh bertanyakan kepada penjual tersebut bilakah tarikh luput.
Teknik yang paling popular untuk anda mengetahui tahap kesegaran telur adalah dengan merendam telur dalam semangkuk air sejuk. Kemudian perhatikan sama ada telur tersebut tenggelam atau terapung. Telur yang segar akan tenggelam manakala telur lama akan terapung di permukaan. Kenapa telur tersebut terapung? Hal tersebut adalah kerana semakain lama usia telur tersebut semakin banyak udara yang memasuki telur. Udara tersebut masuk melalui liang-liang halus dan menyebabkan telur terapung.
Antara kaedah lain yang anda boleh anda lakukan adalah melihat keadaan putih dan kuning telur. Tetapi cara ini memerlukan anda pecahkan terlebih dahulu telur tersebut. Untuk pengetahuan anda, telur segar akan mempunyai kuning telur yang masih kental dan elok bentuk bulatnya. Manakala keadaan kuning telur yang lama akan meleper dan agak cair (tidak berbentuk bulat elok).
Bagi keadaan telur putih yang lama pula, warnanya akan jernih dan keadaannya cair. Manakala bagi telur putih yang masih segara warnanya keruh dan keadaanya agak melekit serta tidak cair.
Telur yang tidak segar atau sudah rosak akan mengeluarkan bau busuk. Atau ianya di panggil dengan nama Telur Tembelang. Kalau telur ini dipecahkan di dalam rumah memang tak terkata busuknya macam mana.
SEMOGA BERMANFAAT!
Sumber: Food Safety Malaysia
Baca juga: Telur Tak Dibasuh Sebelum Simpan Dalam Peti Boleh Sebabkan Keracunan? Baca Penjelasan Ini