Ayam bakar madu merupakan hidangan yang sangat laris dan terkenal di Malaysia. Ayam bakar madu kebiasaannya kita boleh jumpai di pasar malam. Tapi kalau beli dekat pasar malam, asyik tak cukup kan? Jadi anda boleh je cuba buat sendiri. Sebab nak menyediakannya cukup mudah, barang-barang yang digunakan untuk membuat ayam bakar madu juga mudah untuk di cari.
Anda boleh cuba guna resepi ini. Nanti boleh makan bersama keluarga dengan apa-apa hidangan yang lain. Sama ada bihun goreng, nasi atau pun pasta. Anda juga boleh mengolah resepi ini ikut cita rasa anda. Sama ada mahu membakar atas dapur arang, dalam ketuhar, panggang atas dapur biasa, guna pemanggang ajaib atau pun guna air fryer.
P/S : Selalu pusing / kalih ayam madu tu takut cepat hangit/hangus.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nieza Rahim