Jom cuba buat chicken salad perkongsian oleh Nabihah Azhar ini. Sesuai untuk anda yang mahu mula berdiet sebab resepi ini sangat sedap sampai hari-hari nak makan. Kalau hari-hari makan, memang kurus la jawabnya. Ikuti resepi lengkap di bawah.
Resepi ‘Chicken Salad’ Teramat Mudah. Menu Diet Tapi Sedap, Sampai Hari-Hari Nak Makan!
Chicken salad:
- Ambil isi ayam. Potong kecil2 ikut suka hati bentuk apa pun.
- Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.
- Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut taste masing2.
- Hidang ayam grill tadi atas salad.
- Tabur cherry tomatoes.
-
Letak telur rebus. (cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)
- Last sekali, dressing dengan Kewpie dressing.
- Selamat mencuba!
Semua bahan seperti dalam gambar. Semua bahan saya beli di Mydin je.
Kredit: Nabihah Azhar
Baca juga: Resepi Salad Buah-Buahan Yang Mengenyangkan, Sesuai Untuk Anda Yang Ingin Berdiet