Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biasa Makan Ayam Masak Merah Macam Ni? Ini Dia Cara Lengkap Dan Mudah Memasaknya, Confirm Licin!

Biasa Makan Ayam Masak Merah Macam Ni? Ini Dia Cara Lengkap Dan Mudah Memasaknya, Confirm Licin!

Kategori:
resepi ayam masak merah kacang hijau

Ayam Masak Merah cara ini memang sedap. Jarangkan nak jumpa Ayam Masak Merah ada Kacang Hijau macam ni. Kadang-kadang masakan sebegini kita boleh jumpa dekat majlis perkahwinan. Itu pun jarang sangat yang sediakan sama dan sebiji macam ni.

Mesti anda teringin kan? Apa kata masak sendiri je dekat rumah. Senang je. Rasanya pun memang sedap. Bertambah-tambah nasi kalau makan lauk Ayam Masak Merah ni.

Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah & Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 20 tangkai cili kering (tak pedas)
  • 10 tangkai cili kering (pedas)
  • 3 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 biji bawang besar
  • 1 cawan kacang peas
  • Peha ayam 3 | potong saiz sederhana
  • 4 sekawan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar lada hingga lumat.
  2. Panaskan minyak masukkan garam.
  3. Masukkan 4 sekawan.
  4. Kemudian masukkan serai.
  5. Masukkan garam pada daging ayam gaul rata.
  6. Panaskan minyak dalam pan untuk goreng daging ayam.
  7. Apabila minyak dah panaskan masukkan ayam. Goreng separuh masak sahaja.
  8. Selepas serai dah layu sikit masukkan lada kisar.
  9. Tumis cili kisar atas api yang perlahan.
  10. Belum cukup garing lagi. Tumis lagi.
  11. Dah cukup garing boleh masukkan bawang besar.
  12. Tuangkan lebih kurang 5 ke 6 sudu makan sos tomato. Kalau nak lebih masam tambahkan sos tomato.
  13. Kacau rata dan selepas itu masukkan daging ayam yang telah kita goreng tadi.
  14. Kacau rata kemudian tuangkan 1 cawan air dan kacau rata.
  15. Biarkan daging masak sepenuhnya. Kacau sekejap-sekejap.
  16. Apabila air dah kecut, dan ayam pun dah empok boleh lah kita masukkan kacang peas.
  17. Kacau rata dan biarkan 2 minit lepas tu padamkan api.
  18. Dah siap.

Macam senang dan tampak menggiurkan kan? Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat Ayam Masak Merah Kacang Hijau ini. Pastinya suami dan anak-anak akan puji berkali-kali!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nannayo’s Kitchen

Baca juga : Cara Mudah Masak Nasi Tomato. Lengkap Bersama Lauk Wajib Ada, Ayam Masak Merah!

tags: |