Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Simple Je Nak Buat ‘Kacang Tanah Goreng Berempah’ Ni, Makan Depan TV Krap Krup Krap Memang Asyik Sangat!

Simple Je Nak Buat ‘Kacang Tanah Goreng Berempah’ Ni, Makan Depan TV Krap Krup Krap Memang Asyik Sangat!

Kategori:
resepi kacang tanah goreng berempah

Kacang tanah kebiasaan sedap di makan goreng dan rebus. Kalau digoreng kebiasaanya dibuat kuah nasi himpit kan? Sambil mengupas kulit kacang, sambil makan. Memang asyik. Tapi lagi asyik sekiranya anda buat kacang goreng berempah. Makan krap krup krap sambil tonton drama atau telivesyen confirm licin satu balang.

Modal yang digunakan untuk buat kacang tanah goreng berempah ni pun tak banyak. Sangat menjimatkan dan boleh makan sepuasnya. Bagi anda yang tengah rajin nak membuat sekarang, boleh rujuk resepi di bawah ini ye.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm Kacang tanah
  • 5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb gula
  • 3 sk garam
  • 2 biji telur
  • 5 sb tepung gandum

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bersihkn kacang tanah. (bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat
  2. Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
  3. Gaul smpai sebati
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
  5. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
  6. Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Siti Azura

tags: |