Jom cuba masak sendiri daging masak merah, rasanya sama sebiji macam di kedai masakan Thai. Kalau masak sendiri, baru puas hati bila nak makan bertambah. Ikuti resepi perkongsian oleh Sania Weina di bawah.
Wanita Ini Kongsi Cara Masak Daging Masak Merah ‘Sebijik’ Sama Macam Di Kedai Thai
Bahan-bahan:
- Daging batang pinang (rebus daging seketul tu dengan air dan pewarna merah cap bintang. Jangan pakai sirap, rebus sekejap sahaja sebab batang pinang dah selembut sutera)
Bahan hiris:
- Hirisan daging
- Bawang holland
- Bawang putih
- Cili merah
- Cili padi
- Tomato
- Halia
Bahan lain:
- Sos cili botol
- Sos tomato
- Sos tiram
- Cili boh
- Nampla (sos ikan/sotong)
- Garam
- Lada putih
- Lebihan air rebusan daging
Cara-cara:
- Rebus daging bersama pewarna merah (jangan guna sirap). Dan hiris halus. Goreng daging sekejap dan ketepikan.
- Tumis cili boh sehingga agak pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, nampla dan air rebusan daging. Tumis sehingga kuah pekat.
- Kemudian masukkan bahan hiris.
- Akhir sekali masukkan daging.
- Bila semua sudah digaul sebati, masukkan garam dan serbuk lada putih.
- Taburkan daun bawang dan daun sup bila hendak dihidang.
Baca juga: Isteri Tokey Kedai Tomyam ‘Dedah’ Rahsia Sambal Belacan Tomyam Yang Sedap!