Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Buat Ayam Masak Cili Kering ‘Chinese Style’, Kalau Ratah Pun Sedap Ni

Jom Cuba Buat Ayam Masak Cili Kering ‘Chinese Style’, Kalau Ratah Pun Sedap Ni

Kategori:
Ayam Masak Cili Kering

Tiada idea nak masak lauk apa untuk makan tengahari? Jom cuba buat ayam masak cili kering chinese style ini. Kalau diratah pun sedap juga, ala-ala ayam goreng korea. Kalau buat untuk anak-anak dan suami, pasti mereka suka. Jom cuba!

Jom Cuba Buat Ayam Masak Cili Kering ‘Chinese Style’, Kalau Ratah Pun Sedap Ni

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – dibersihkan
  • Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
  • 3-4 ulas bawang putih – mayang
  • 1 biji cili besar @ cili merah- mayang
  • 3 biji cili padi – mayang
  • 10 tangkai cili kering – potong kecil
  • Daun kari
  • Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
  • Pes asam jawa secukupnya
  • Tepung gandum
  • Telur

Cara-cara:

  1. Ayam dipotong mengikut saiz yang diingini.
  2. Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan.
  3. Kemudian tumis cili kering bersama daun kari sehingga garing.
  4. Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah.
  5. Seterusnya, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram mengikut kuantiti ayam.
  6. Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
  7. Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang yang dipotong besar.
  9. Gaul rata sehingga sos sebati pada ayam.
  10. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

tags: