KFC kembali lagi dengan membawa anda berita yang gembira. Kerana permintaan yang tinggi daripada anda semua, KFC mengeluarkan menu baharu, iaitu “The One Box”. Menu tersebut terdiri daripada setiap item signature yang mana memang digilai oleh peminat KFC.
Kembali buat kali kedua bagi tahun ini, The One Box terdiri daripada enam jenis makanan dalam satu kotak. Makanan tersebut adalah ayam KFC, Zinger Classic, Coleslaw, Kentang Putar, dan Sjora Mangga Ria yang menyegarkan. Menarik kan? Kalau sebelum ini, jika makan burger tak dapat makan Coleslow dan kentang putar, tetapi kali ini anda masih boleh makan kentang putar dan burger sekali.
Apa yang lebih menarik lagi adalah anda boleh memilih antara Cheezy Popcorn Bowl baru atau Cheezy Wedges untuk set tersebut. Walaupun ia direka dalam satu hidangan namun anda bebas untuk merasai atau mencuba mana-mana yang anda mahukan.
Anda juga boleh mendapatkan Cheesy Popcorn Bowl ala carte baru yang berharga dari RM5.99. Bowl ini diisi dengan KFC Popcorn Chicken dan Crispier Fries yang ditaburi dengan sos Jalapeno Cheese dan mayonis. Sangat menyelerakan! Jadi tunggu apa lagi, dapatkan sekarang!
Memandangkan sekarang ini negara kita dilanda gelombang kedua wabak virus COVID-19, anda dinasihatkan untuk tidak makan disana. Anda masih boleh membawa pulang dan makan bersama keluarga atau menggunakan servis penghantaran makanan. Selamat mencuba!