Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sedapnya ‘Jagung Rebus Susu Cheese’ Ni, Lemak Berkrim Cukup Rasa Memang 5 Bintang! Ini Resepinya..

Sedapnya ‘Jagung Rebus Susu Cheese’ Ni, Lemak Berkrim Cukup Rasa Memang 5 Bintang! Ini Resepinya..

Kategori:
resepi jagung rebus susu cheese

Jagung rebus susu cheese merupakan jagung yang direbus bersama-sama dengan susu dan cheese. Jagung memang popular dengan rasanya yang sedap dan manis. Oleh sebab itu ia sangat enak dan bertambah sedap bila direbus dan di masukkan cheese dan susu. Jika sebelum ini anda dah puas merasa jagung rebus biasa, jagung bakar dan jagung kukus manis, apa kata kali ini cuba pula buat dan rasa keenakan jagung rebus susu cheese ini.

Resepi jagung rebus susu cheese dibawah ini dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan Hanis Mustafar di laman facebook.

Cara Buat Jagung Jagung Rebus Susu Cheese

BAHAN-BAHAN:

  • 6 – 8 biji Jagung (ikut masing2 nak makan byk mana ye)
  • Susu sejat (cair) 1 tin
  • Susu pekat 4-5 sudu besar (ikut selera masing2)
  • Butter – 4 sudu besar
  • Cheese – 3 keping
  • Secubit garam (ikut selera masing2)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula rebus dahulu jagung yang sudah siap di potong 3. Rebus selama 10 minit sahaja ye. Jangan lama-lama, nanti tak sedap isinya. Jangan lupa tutup periuk tu.
  2. Selepas 10 minit, anda boleh masukkan susu sejat dan susu pekat mengikut sukatan di atas atau pun ikut selera masing-masing.
  3. Kemudian masukkan secubit garam dan butter. Anis guna yang brand FarmCows je. 
  4. Kemudian kita masukkan slice cheese pula ye. 
  5. Masukkan 3 keping. Tak perlu masukkan banyak kalau tak nak muak.
  6. Inilah rupanya bila dah melting atas jagung tu. Waktu ni memang wangi sangat baunya. 
  7. Kacau-kacau bagi di arata. Kalau buat banyak macam anis buat, kena tukar-tukar kedudukan jagung tu. Atas bawah tau agar susu tu serap kat semua jagung tu. Apabila dah rata boleh tutup api.
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Hanis Mustafar

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Caranya Membuat Nasi Jagung, Pekena Dengan Ayam Masak Merah Memang Pergh!

tags: |